18 September 2010

MURTABAK SINGAPORE DIMUAR | KERENAH ANAK ANAK | PINGGAN KOYAK?

Hari raya tempoh hari iaitu hari ke dua Hari Raya aku dan keluarga telah berHari Raya ke Muar. Teruja balik kampung sebelah ibu mertuaku. Bila berada dikampung,nak keluar rumah pun malas. Cuma berada disana hanya semalam. Hari Raya ke Tiga dah balik dah. Sempatlah berHari Raya dua buah rumah dikawasan Sungai mati. Terima Kasih kepada tuan rumah iaitu Kak Eton Suami Isteri dan anak-anak beliau. Jeffery jangan lupa kontek kalau balik KL.


LOKASI RESTORAN - BERDEKATAN PETRONAS TANJUNG AGAS

Sebenarnya aku nak cerita tempat yang selalu aku pergi sebelum balik ke Klang. Tak lain tak bukan MURTABAK SINGAPURA yang terletak di Tanjung Agas. Dari rating citarasa 1 ke 10 aku bagi 8/10. Kira rating tu agak tinggi jugak. Sebelum balik ke KLANG keluar rumah dekat pukul 9.00 Malam. Itupun setelah aku mendengar lintas langsung TWEET dari REDMUMMY mengatakan keadaan lalulintas area Highway Melaka JAMMED.

MURTABAK SPECIAL & SOS

Setelah berbincang dengan orang rumah dan adik ipar,kitaorang ambik keputusan PEKENA dulu Murtabak Singapura. Mantap dengan harga dari RM4.00 sehingga RM13.00 kenyang sepanjang jalan aku dibuatnya. Kitaorang order dua Murtabak iaitu Special dan Biasa. Beza Special dan biasa adalah Special lebih daging. Order sampingan aku order Mee Bandung Muar. SUPERB!! Terasa kuah Udang. Gambar pulak tak diambik,terlupa dok asyik membaham.

PINGGAN KOYAK?

Kami dikejutkan dengan satu soalan dari anak aku yang nombor tiga. Soalan yang dia tanya "Babah pinggan Jiha koyaklah"? Ehh..macam mana rupa pinggan koyak. Heran jugak aku dengan soalan yang diajukan. Rupa-rupanya apa yang hendak dia sampaikan adalah pinggan yang beliau pakai sumbing kat tepi..alahai..anak anak macam-macam ayat baru keluar. Dulu ada gak soalan yang agak logik dari anak anak aku,salah satunya " Babah, tangan saya peninglah"..aik bila pulak tangan boleh pening?

Rupa-rupanya yang di Maksudkan tangan sakit..Lagi satu cerita mengenai kerenah anak aku ini adalah bila aku suruh diaorang cakap Sarawak. Dengan Soalan diaju kepada mereka dan dijawab oleh anak aku yang si Joyah bernama Najihah. Soalan "Siapa pandai cakap SARAWAK"? Dengan Condifent @ Confidentnya anak aku yang joyah jawab, "SAYA!!..nak tahu apa yang dia cakap.. "SARAWAK" tu je..aik..blurrr kejap aku dek jawapan. Betul jugak..yang aku maksudkan bercakap dalam bahasa Sarawak tapi minda diaorang ingat sebut SARAWAK..adeyyy..anak anak...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails