15 September 2010

MEDIA DIINGAT JANGAN MEMBUAT LAPORAN MELAMPAU KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA

Amaran telah diberikan kepada pihak Media agar jangan membuat laporan melampau. Penyampaian berhemat dan  beretika perlu ada dalam membuat laporan terutama kes yang melibatkan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Menurut akhbar yang aku baca pengamal media perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dilaporkan. Mungkin ada kebenaran namun media sekadar menjalankan tugas untuk memberi liputan mengenai apa yang telah terjadi kepada semua pembaca.

Tidak semuanya melaporkan perkara yang tidak sepatutnya pada pandangan aku,namun ada segelintir sahaja yang mungkin ada menulis terkeluar dari kekangan. Apa-apa pun perlu ada kesefahaman antara media dengan pihak terlibat agar berita yang disampaikan berada didalam suasana terkawal.Yang pasti Kes Datuk Sosilawati lawiya ini terus diikuti oleh ramai pembaca dan pemerhati yang pada pandangan aku mungkin disebabkan penyudah kes kehilangan beliau sehingga mayat dijumpai dan pembunuhan dilakukan dengan begitu kejam sekali.

Apa yang diharapkan agar Kes ini menjadi peringatan kepada semua. TAMAK jelas sekali boleh membinasakan diri, Hilang pendirian membuatkan manusia lupa diri. Yang pasti Kes Tragis ini akan meninggalkan kesan kepada semua orang yang membayangkan betapa kejamnya manusia sekarang sehingga sanggup melakukan perkara diluar pemikiran. Media masa haruslah memaparkan berita yang tepat tanpa ada tokok tambah untuk penyaluran maklumat yang terkini.

** Hormati perasaan keluarga mangsa

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails