22 September 2010

MALWARE LANGKAH BERJAGA-JAGA DIPERLUKAN | SHARING IS CARING

Sekadar berkongsi maklumat dengan semua. Baru-baru ini banyak blog kena tempias MALWARE,jadi disini aku ingin berkongsi mengenai apa itu MALWARE. Perkataan MALWARE berasal dari gabungan perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu MALICE dan SOFTWARE yang membawa maksud Perisian Perosak. Ini merujuk kepada perisian yang dicipta dengan tujuan untuk masuk kedalam Sistem Komputer dan merosakkan Sistem Komputer tanpa kebenaran.



Setahu aku MALWARE mengandungi Virus, WORMS dan juga TROJAN HORSES. Bagi MALWARE yang berfungsi sebagai pemusnah,ia akan menggunakan saluran komunikasi yang popular untuk menyebarkan virus iaitu antaranya melalui Email dan Messenger. Virus Trojan Horses pula melalui Laman Web tertentu. MALWARE juga merbahaya kerana pencipta boleh mengakses akaun anda tanpa anda sedari. Ini kerana sesetengah MALWARE berfungsi meniru akses dan mencuri maklumat sebelum memaklumkan kepada pencipta.

Tips untuk mengelak MALWARE :

1. Buka Email atau IM Attachments dari sumber yang dikenali.
2. Scan dulu segala Email sebelum membuka.
3. Padamkan segala maklumat yang tidak diperlukan didalam Email.
4. Jangan Klik pada Web Links yang dihantar oleh orang yang kita tidak kenali
5. Kemaskini Anti Virus.


Maklumat diatas berpandukan apa yang aku tahu. Diharap dapat membantu anda semua. Kepada yang tahu dan ingin berkongsi,anda dialu-alukan berkongsi disini. Semoga kita dapat manafaat dari apa yang kita kongsikan untuk kebaikan bersama.

3 comments:

  1. blok sy mcm kne malware gak dr GB..de org xleh bkak.
    hurmm..

    .::shidi::.

    ReplyDelete
  2. kerana malware nilah blog aku terpaksa ditutup.. huhu

    ReplyDelete
  3. masalahnya macamana nak membuangnya,ada idea?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails