Semasa balik ke Kampung di Muar tempoh hari,Aku telah terpandang sebuah kenderaan berwarna merah yang menarik perhatian aku. Rupa-rupanya kenderaan yang sebelum ini tidak pernah aku nampak masih baru lagi. Maksud aku baru dibeli oleh saudara aku. Kondisi cukup terjaga dengan warna merah garang. Memang rupa bentuk masih asal dengan lambang tahun 60an. VOLKSWAGEN Beetle, sejenis kenderaan yang asalnya ciptaan german pada tahun 1937 pada zaman pemerintahan NAZI.
Nilai pasaran kereta ini cukup lumayan. Ramai peminat-peminat mencari kenderaan ini kerana faktor keunikan dan ketahanan kenderaan ini. Namun untuk kaki-kaki kereta atau peminat kenderaan ini aku rasa modal untuk menyelenggara kenderaan ini agak tinggi tetapi kerana minat,segalanya tidak menjadi masalah. Tahukah anda kenderaan ini pada zaman Hitler dahulu digunakan sebagai kenderaan perang tentera kumpulan NAZI? Kenderaan ini mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya ia tidak memerlukan air untuk radiator kerana ia tidak menggunakan radiator. Tempat letak barang berada dihadapan iaitu terbalik dengan kenderaan sekarang ini yang majoritinya tempat letak barang berada dihadapan. Kelebihan kenderaan ini adalah terletak kepada struktur rupa bentuk kenderaan ini sendiri kerana ia tak ditelan usia. Sehingga kini ia masih diminati. Makin lama usia kenderaan ini semakin tinggi nilainya dipasaran. Jadi sesiapa yang mempunyai kenderaan ini elok jaga sebaik mungkin. Mungkin nilainya akan terus meningkat lagi...
No comments:
Post a Comment