Gara-gara isu iklan yang penuh kontroversi telah mencetuskan kemarahan dikalangan penonton-penonton TV3. Kemarahan hingga kini masih berterusan. Ada yang siap buat laporan polis lagi iaitu Suara Anak Pahang atau SUAP telah melaporkan kepada polis berhubung penyiaran iklan Hari Raya oleh TV3 yang didakwa menghina umat Islam negara ini.
Laporan dibuat oleh pengerusi Jawatankuasa Bertindak SUAP iaitu mohd Shukri Mohd Ramli kira-kira jam 3 petang hari ini. Pihak TV3 telah memohon maaf kepada penonton sejurus mendapat maklum balas dari penonton yang tidak berpuas hati dan menghentikan pengiklanan dengan serta merta. Namun bagi Kumpulan SUAP ini kes ini tak terhenti disini ,mereka beranggapan kes in cukup biadap dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa demi kesucian Islam negara ini.
Namun bagi aku TV3 telah mengambil langkah bijak iaitu dengan memberhenti serta merta iklan tersebut. Apa yang aku harapkan agar pihak TV3 pada masa akan datang lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan iklan. Ini adalah untuk mengelakkan perkara yang sama daripada terus terjadi. Biarlah ini menjadi pengajaran buat TV3 dan juga kepada Stesen-stesen TV yang lain.

no more to disagree
ReplyDeletedah minta maaf tu, maaf je la
suap suap....
salam..
ReplyDeletesemoga dimasa akan datang pihak TV3
lebih meniliti terdahulu iklan tersebut
sebelum disiarkan..
Islam sekarang semakin di pijak dan di hina oleh kaum kafir
sebab itu bila terjadi iklan sebegini
jiwa kita memeberontak dan marah...
salam lebaran untuk semua.. =)
dorang ni kekadanga over gak, TV3 dah ambil tindakan pantas kot tarik balik iklan tu. org tv3 pun macam kita gak la tak tau rahsia disebalik iklan tu kecuali org yang mengkaji, jangan lah emo lebih suap ni...suap nasi kang batal posa...hehehe
ReplyDeleteJoegrimgrow - Setuju..dah orang mintak maaf secara terbuka takkan taknak dimaafkan...
ReplyDeleteNur Misnan - Rasa-rasanya pengurusan TV3 akan mengambil langkah lebih berhati-hati sekarang nie. Banyak sangat perkara yang kurang menyenangkan berlaku sekarang nie..
Kancilbiru - Choiii..Ngko kira subahat gak nie nak suap makan nasi..hehe.. tuhlah kira orang dah mintak maaf rasanya elok kita maafkan
takde lah bijak sangat tindakan tv3..klu betul bijak awal2 lagi x keluar iklan gitu.. btw, klu dorang x tarik balik iklan tu mmg sengaja cari nahas lee
ReplyDelete