Nampaknya demonstrasi terus menghangatkan suasana di Indonesia. Kali ini Sekumpulan pelajar yang mendakwa Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta bertindak mengotorkan Bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur gemilang yang terbakar ke dalam kawasan kedutaan Besar Malaysia Semalam (RABU).
Ini lanjutan kejadian yang berlaku di perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini. Mereka juga melontar dan ikan masin busuk kedalam kawasan kedutaan Malaysia.Disamping itu mereka juga membawa sepanduk yang tertulis "diplomasi mati suri", "Ganyang Malaysia", "Bela harga diri bangsa" serta "Malingsia serumpun yang durhaka".
Nampaknya situasi belum ada tanda-tanda akan reda. Apa yang menyebabkan tindakan melampau mereka ini berlaku? Aku rasa kalau dibandingkan dengan kejadian dekat kepulauan Riau,Demonstrasi ini lagi teruk rasanya. Apa yang kamu mahu? Kerana maruah kamu tercalar? Sanggup memporakperandakan negara sendiri dengan demonstrasi tidak akan mendatangkan hasil melainkan kerugian besar terhadap negara.
Aku harap situasi tegang antara Malaysia dan Indonesia dapat ditangani dengan bijaksana. Janganlah ada pihak yang cuba mengapi-apikan situasi sekarang demi keharmonian sejagat. Gunakan Akal secara waras,jangan sampai pemikiran dikawal oleh Iblis. Buruk padahnya terutama buat generasi kita yang akan datang. Adakah Keganasan jalan terakhir untuk penyelesaian ini?Berbaloikah? Sanggup melihat keamanan selama ini dicemari.
entahlah.. rasa hairan dengan diorang.. sendiri mencari rezeki di negara Malaysia.. tapi menuduh orang kita memperhambakan diorang... rasa terkilan.. kalau tak suka, buat je sekatan awal2 takyah bagi orang dia keje sebagai maid... apa pun, harap diorangs edar dengan semua perbuatan diorang. orang Malaysia kat Indonesia tak bersalah... jangla duk mengamuk tak tentu pasal...
ReplyDelete