23 September 2010

KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI | POLIS BERI AMARAN MP KAPAR S.MANIKAVASAGAM

Nampaknya Kes Pembunuhan Jutawan India Allal Kathan Muthuraja kemungkinan besar bakal dipolitikkan. Gara-gara ingin membawa Isteri kepada Ahli perniagaan dari India ke lokasi kejadian, Ahli Parlimen (MP) Kapar S.Manikavasagam telah diberi amaran oleh polis. Polis akan mengenakan tindakan tegas terhadap beliau sekiranya beliau masih berkeras untuk membawa isteri ahli perniagaan tersebut ke lokasi kejadian.

Sebagai MP beliau sepatutnya tahu mengenai perkara ini kerana ia menyalahi prosedur malah ia boleh mengganggu siasatan Pihak polis. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan S.ManIkavasagam,seharusnya beliau membawa isteri iaitu USHARANI untuk membantu siasatan dan bukannya membawa ke lokasi pembunuhan. Adakah wajar beliau mengendah amaran dari pihak polis? Seharusnya beliau menjadi contoh agar tidak mengenkari amaran polis.

Biarlah pihak polis menjalankan siasatan daripada menurut hati semata-mata beliau rasa beliau perlu membantu isteri perniagaan itu. Sekiranya ditahan aku pasti akan berlaku konflik dalam politik. Usahlah diganggu pihak polis menjalankan kerja mereka. Bila asyik diganggu macamana nak habiskan kerja? Fikirkanlah ia bukan menglibatkan pembunuhan perseorangan tapi ramai yang telah menjadi mangsa. Janganlah perkara atau Kes ini di Politikkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails