17 September 2010

KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA MAKLUMAT HARI INI

Akhirnya pihak Media diberi kebenaran untuk memasuki kawasan yang selama ini menjadi kawasan larangan. Menurut tinjauan dari BERNAMA kawasan ladang dipagari dengan tembok batu setinggi dua  dengan pintu masuk utama dikawal menggunakan pagar automatik serta terdapat satu lagi pagar 100 meter dari pintu utama ladang. Pintu masuk utama juga tertera papan tanda amaran tertulis "Dilarang Masuk" dan "Awas Anjing Ganas".

Didalam juga terdapat beberapa bangunan yang menyerupai chalet,rumah pondok serta gazebo. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pihak polis juga telah menemui sebilah pisau yang dipercayai diguna sebagai senjata pembunuhan dan juga sebuah beg kriket turut ditemui dilokasi kejadian.  Sebatang pemukul kriket yang ditemui di Sungai Panchau, Banting, dekat sini, mungkin satu daripada senjata yang digunakan dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain.

Disamping itu beliau juga mengingatkan pihak media supaya tidak menulis kenyataan melampaui batas mengenai kes pembunuhan ini. Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin juga memberitahu bahawa polis menjangkakan akan memperolehi laporan ujian DNA dalam tempoh empat hari. Buat masa kini usaha pencarian bahan bukti dihentikan buat seketika. Rasa-rasanya bahan bukti yang telah dikumpul cukup kuat untuk membina kes terhadap Peguam dua beradik dan enam lagi yang ditahan.

Ada juga SMS berunsur fitnah ditujukan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah. Namun beliau telah membuat laporan kepada pihak polis. Macam-macam yang timbul sejak kes Datuk Sosilawati ini keluar. Dalam Politik apa lagi,masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Mana yang tak senang dengan kehidupan aman yang dikecapi terus bermain dengan unsur perkauman. Tak bolehkah tunggu sehingga pihak polis selesai membuat siasatan untuk mengetahi apakah yang sebenarnya terjadi?

Risau aku dengan Kes ini,sebab ia boleh mengugat ketenteraman awam kalau tidak ditangani dengan betul. Kekecohan boleh berlaku sekiranya ada pihak yang mengapi-apikan sentimen perkauman dalam kes ini. Aku harap janganlah sampai ke tahap itu. Fitnah memfitnah kerja Syaitan. Perlukah aku terangkan macamana untuk menanganinya. Semua ada fikiran,fikirlah secara rasional,keburukan dan macam-macam lagi...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails