14 September 2010

KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA JANGAN DIPOLITIKKAN

Kes Sosilawati Lawiya di politikkan? Terima  Kasih diatas Komen anda terhadap Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan saya minta maaf kerana ada komen yang tidak dapat saya publishkan atas faktor menjaga etika dan keharmonian dunia blogging. Soalannya apa yang kita dapat sekiranya dipolitikkan atau dijadikan bahan untuk menyemarakkan kontroversi perkauman? Fikirkanlah keburukan yang bakal kita hadapi sekiranya kedua-dua perkara ini menjadi tidak terkawal.

Memang dari pengamatan saya,rata-rata komen meluahkan perasaan amarah yang amat sangat. Itu yang bahayanya bila tidak dikawal, syaitan akan terus menghasut hati kita. Beristighfarlah wahai kamu semua sekiranya timbul perkara yang bisa membuat kamu marah,janganlah ikutkan perasaan amarahmu kerana ia akan membinasakan kamu. Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah bersama membangkitkan semangat setiakawan bukan semangat untuk berlawan.

Cukup besar impak kes Datuk Sosilawati Lawiya ini dan kalau tidak ditangani dengan betul akan mencetuskan kontroversi. Aku percaya semua kaum mengutuk pembunuhan yang tidak berperikemanusian ini. Ini bukan pasal Parti mahupun Pasal Perkauman. Ini mengenai manusia yang telah diberi akal tapi disebabkan gelap mata,hati jadi buta dan sanggup melakukan perkara yang tidak pernah kita jangkakan. Aku seru demi menjaga keharmonian janganlah diungkit kisah perkauman.

Inginkah kita hidup didalam negara yang kacau bilau yang akan mengganggu kehidupan kita seharian? Aku rasa semua inginkan kehidupan yang harmoni. Ingatlah budi bahasa yang telah sekian lama wujud dalam bangsa Malaysia. Amalkan sifat hormat menghormati demi kesejahteraan bersama. Kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ini janganlah disensasikan demi kepentingan Politik,janganlah berbalah. Hormatilah mangsa yang telah meninggal dunia. Sedekahkan AL-FATIHAH kan lagi elok..

Notakaki :

Saya minta maaf kepada para pengomen yang memberi komen yang berunsurkan politik dan perkauman kerana tidak dapat "Publish" kan komen anda atas dasar Etika Berblogging. Sila gunakan ayat yang sesuai ketika memberi komen. Harap Maklum.

2 comments:

  1. still tak paham mcm mana boleh dipolitikkan.. dan berunsur perkauman..

    ReplyDelete
  2. Hamzah - Ini berdasarkan komen-komen dari pengomen yang kuat berpolitik dan tiada persefahaman tentang hidup dalam dunia pelbagai kaum..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails