12 September 2010

KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA | PENGESAHAN DARI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA,ISMAIL OMAR MENGESAHKAN KES KEHILANGAN SOSILAWATI SELESAI?

Terkini dari apa yang aku terima Maklumat mengenai berita Kes Jutawan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakan beliau yang terdahulu dilaporkan telah mati dibunuh berkemungkinan benar belaka.Pengesahan telah dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Ismail Omar pada pukul 10.30 pagi bahawa kes kehilangan Sosilawati Selesai dengan penemuan 4 mayat disebuah ladang Sawit. Namun keputusan dari Jabatan Forensik beluml lagi dapat dikeluarkan pada saat ini .

Imbasan Kes Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang mangsa yang terdiri daripada Datuk Sosilawati Lawiya, Peguam Peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim 32, Pegawai Bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad 38 dan Pemandu beliau Kamaruddin Shamsudin 44 yang telah menghilang sejak 30hb Ogos 2010 sehingga pihak polis membuat penahanan terhadap Suspek yang paling dikehendaki iaitu seorang Peguam bersama tujuh orang pekerja ladang.

Selepas hasil soal siasat dari pihak polis ,suspek iaitu peguam yang paling dikehendaki yang dikhabarkan seorang ahli perniagaan dan mempunyai rekod jenayah sebelum ini akhirnya menunjukkan lokasi kawasan pembunuhan di sekitar kawasan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Morib Klang. Keadaan mangsa pembunuhan agak ngeri bila mayat mereka dibakar dan abu mayat dibuang ke laut. Berita mengenainya diketahui sebelum tengahmalam semalam dan para media telah bersiap dilokasi sejak semalam.

Jalan menuju ke lokasi telah ditutup kepada para media dan orang awam. Para media berkumpul disekitar kawasan kejadian dalam jarak 11km. Lokasi telah dikawal oleh pihak polis sejak 2 minggu lalu dengan kawalan kenderaan keluar masuk sehingga menarik perhatian orang ramai. Menurut maklumat Ladang Sawit tempat pembunuhan tersebut adalah milik Suspek yang juga dikhabarkan seorang peguam. Suspek telah dibawa kelokasi oleh unit forensik pada tengahari tadi ke lokasi kejadian. Sebuah restoran yang terletak kira-kira 4 kilometer dari tempat kejadian juga disiasat untuk mencari bukti.

Pengesahan Muktamad hanya dapat dilakukan dengan keputusan DNA dari Jabatan Forensik untuk menjawab segala persoalan yang masih membelenggu bukan sahaja keluarga mangsa begitu juga rakyat Malaysia secara umumnya. Keputusan masih belum keluar tapi dari maklumat yang didengar,pasukan forensik hanya berada ditempat kejadian kira-kira tengahari tadi maka keputusan akan keluar mungkin agak lewat.

9 comments:

  1. ape la org sekarang ni... x bleh tgk org senang!! pastu mcm2 cara d gunakan untuk dapatkan duit org... bg keluarga mangsa... takziah d ucapkan

    ReplyDelete
  2. Takziah di ucapkan keluarga Dato Susilawati dan yang lain nya....rasa macam tak caya...buat dosa di bulan ramadhan yang mulia....dato susah payah sendiri berdikari rezeki hingga berjaya...manusia berhati binatang ini senang2 saja mengambil nyawa dan rezeki orang....cuba la ingat tuhan...ya allah semoga roh mereka di cucuri rahmat....

    ReplyDelete
  3. ucapan tahniah untuk keluarga mangsa...
    al-fatihah

    ReplyDelete
  4. takziah..semoga roh mereka dicucuri rahmat...semoga si pelaku insaf dengan perbuatannye dan bertaubat...

    ReplyDelete
  5. anon - Tragis..memang sekarang macam2 cara nak jadi kaya sehingga sanggup membunuh..AL-Fatihah buat mangsa..

    anon1 - Walau mcmana saya tak puas hati cara pembunuhan dilakukan amat kejam sekali..takziah buat keluarga mangsa..

    anon3 - Salah tuhh..bukan tahniah,takziah..Al-Fatihah..Aminnn

    ReplyDelete
  6. bukan senang nak ada jutawan melayu...

    ReplyDelete
  7. ehmmmm nak buat macam mana dah akhir zaman dah nie,,,,tanda tanda kiamat dah terserlah.....tapi andai kata si pembunuh terlepas tak tau laaa apa nak di kata takaut pisang berbuah dua kali dan takaut ada yang menjadi kambing hitam tgk laaaa nanti......

    ReplyDelete
  8. Anon - Betul ada je yang tak puas hati bila kaya

    Anon2 - Entahlah..mintak mintak pembunuh dikenakan hukuman yang berat

    ReplyDelete
  9. marilah kite same2 sedekahkn al fatihah kpd dato sosilawati dan 3 yg laen,mudah-mudahn rohnye dicucuri rahmat..kite doa agar segala bukti dapt ditemui dan suspek2 tu mengaku atas perbuatn dia..pd PDRM,tima kasih kami percaye pd PDRM..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails