Tiada unsur Perkauman dalam Kes Datuk Sosilawati Lawiya dan Rakan-rakan beliau. Setakat ini menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain dilakukan tanpa sebarang unsur perkauman. Menurut beliau lagi Kes Datuk Sosilawati ini adalah Kes Jenayah Biasa , ada penjenayah ada mangsa. Untuk pendakwaan, Polis tidak mempunyai kuasa kerana ia berada di bawah bidang kuasa Peguam Negara bukannya polis.
Mengenai maklumat terdahulu yang mengatakan mungkin ada penglibatan Pembunuh Upahan didalam kes ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya setakat ini percaya pekerja-pekerja kepada seorang lelaki bergelar Datuk terlibat secara langsung dalam pembunuhan empat mangsa itu. Maklumat juga mengatakan bahawa kempat-empat mangsa di bunuh didalam Stor milik peguam Datuk K.Patmanaban.
Keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh sekitar jam 10.00 malam pada 30 Ogos 2010 namun maklumat ini belum dipastikan lagi cuma ada maklumat dari sumber. Pelbagai sumber yang boleh didapati sekarang cuma yang pasti belum dapat dijelaskan kenapa pembunuhan ini berlaku. Maklumat rata-rata mengatakan bahawa ia berpunca dari urusan perniagaan yang bernilai jutaan ringgit. Motif belum diketahui sebenarnya sehingga perbicaraan berlaku.
Mungkin pihak berkuasa sudah tahu punca sebenar namun disebabkan kes masih didalam siasatan dan bukti perlu digunakan didalam perbicaraan,maka maklumat mengenainya hanya diketahui setelah selesai perbicaraan. Pelbagai persoalan,Pelbagai Spekulasi. Biarlah Pihak berkuasa menjalankan tugas,jangan ada gangguan,semoga kes ini selesai dengan segera dan penjelasan terhadap kes dapat dimaklumkan kepada semua orang. Kemungkinan maklumat tertentu sahaja akan dijelaskan.
Kes Datuk Sosilawati dan rakan-rakan antara kes yang mendapat liputan meluas sekarang ini. Penerangan mengenai Kes ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua masyarakat. Hukuman segera perlu dilaksanakan sekira penjenayah didapati bersalah. Tak perlu tunggu bertahun-tahun menunggu untuk dijatuhkan hukuman. Ikutkan hati aku,hukuman dikhalayak ramai lagi elok,biar semua penjenayah sedar sikit. Namun kita mempunyai proses undang-undang yang tertentu untuk menghukum pesalah jadi kita kena akur.

No comments:
Post a Comment