Menyelit kejap update blog nak cerita mengenai Penemuan Kereta Milik Datuk Sosilawati Lawiya yang menambahkan persoalan kepada semua. Apakah yang telah berlaku? Kereta beliau ditemui di tempat letak kereta di Pangsapuri Angsana, USJ1 Subang Jaya setelah pihak polis menerima panggilan dari orang awam. Begitu juga kereta milik peguamnya yang telah dikesan dilokasi yang berbeza iaitu dihadapan rumah teres berdekatan sebuah Hotel di Subang Jaya.
Pelbagai spekulasi telah keluar dan cerita seperti beliau membawa RM4juta walhal perkara tersebut masih kabur dan tidak tepat menurut anak beliau. Laporan yang tidak tepat pasti akan memburukkan keadaan. Sehingga sekarang dua pasukan forensik PDRM dari Bukit Aman sedang menjalankan tugas dari dua kawasan penemuan kereta berkenaan dalam mencari maklumat dan bukti.
Usaha masih dijalankan untuk mencari Datuk Sosilawati Lawiya. Pihak Polis buat masa ini enggan mengulas mengenai kes ini,mungkin untuk mengelak siasatan kes terganggu. Buat media yang melaporkan mengenai perjalanan cerita ini diharap memberi maklumat yang tetap agar tiada yang keliru.


kesian family dia..apa la sebenarnye berlaku..
ReplyDeleteMemang pun..tak pasti apa terjadi..tapi polis kata ada petunjuk dan diaorang mgkin dpt selesai kes nie
ReplyDeleteharap-harap tak ada perkara buruk yg berlaku ke atas mereka ini...
ReplyDeleteanon - Begitulah hendaknya..suspen
ReplyDeletesemoga mereka berempat dalam keadaan selamat hendaknya
ReplyDeletekesian laa dia,org dah berjaya,manusia mesti dengki
ReplyDelete