Kesian bila aku terbaca maklumat terkini mengenai salah seorang mangsa Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati ini. Keluarga mana yang tak sedih kalau dah perkara sebegini terjadi. Keluarga Arwah Kamaruddin Shamsuddin masih berharap terhadap keputusan atau laporan DNA yang itu bukan milik mangsa. NamunSekiranya DNA tersebut milik Kamaruddin mereka sekeluarga reda dengan keputusan itu nanti.
Dalam pada itu Tengku Abdullah telah melawat keluarga arwah setelah mengetahui Kamaruddin berasal dari KUANTAN dan Ibu Kamaruddin,Zainab Ahmad pernah bekerja dengan keluarga baginda. Baginda juga telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya yang pernah dianugerahkan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pingat kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Pada pandangan aku agak susah untuk menafikan bahawa DNA bukan milik mangsa kalau berdasarkan pengakuan yang telah dilakukan oleh Suspek. Namun keajaiban berlaku dimana-mana. Cuma doakanlah semoga dimakbulkan permintaan semua keluarga mangsa pembunuhan ini.
** Maklumat terkini Suspek. Lesen amalan guaman kedua-dua peguam telah dibatal sejak tahun 2009. Keahlian mereka juga telah dilucut bermula November 5 tahun lalu.
** Maklumat terkini Suspek. Lesen amalan guaman kedua-dua peguam telah dibatal sejak tahun 2009. Keahlian mereka juga telah dilucut bermula November 5 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment