20 September 2010

KELUARGA 69

Ingat kat TV jer ada cerita KELUARGA 69? Keluarga aku pun ada gak..hehe.. Sebenarnya KELUARGA 69 yang dimaksudkan adalah kerana keluarga sebelah orang rumah aku kira sedara maralah sememangnya teramatlah besar. Sebab itu timbul idea KELUARGA 69 ini. Aktiviti dirumah saudara yang baru siap sepenuhnya. Cukup meriah siap ada cabutan bertuah lagi. Nie kira Sambut Hari Raya sekalilah nie.

 KEK BERTEMAKAN KELUARGA 69

Acara  bermula dari tengahari sehinggalah ke petang. Cukup meriah sekali dengan acara cabutan bertuah. Hadiah takdelah sampai TV40 inci cukup sekadar untuk suka suka. Hari yang bertuah bagi aku kerana aku telah berjaya akhirnya terpilih sebagai salah seorang yang bertuah pada hari itu. Aku dapat biskut sayur sebagai hadiah..huhu..

 ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH

Semakin lama semakin ramai yang datang dan bertambah kecohlah rumah saudara aku ini. Sesi makan memakan acara utama sebelum cabutan bertuah dilakukan. Aku bab makan memang favourite.

 PEMENANG MEMBELEK-BELEK HADIAH KEMENANGAN

Apa-apa pun aku ingin ucapkan ribuan terima kasih buat ANJANG UDIN & ROZI atas jemputan keMajlis membesarkan badan ini. Entah naik berapa kilogram badan aku hari tu. Harapan tahun depan buat lagi yerr..hadiah cabutan bertuah kasi KAW sikit..hehe..Inilah serba sedikit Al-Kisah KELUARGA 69 yang sentiasa ceria..

1 comment:

  1. Salam ziarah.. ingin hijrah dari yang nakal kepada yang lebih baik..

    http://kepuncakmahligai.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails