Akhirnya perlawanan yang bukan hanya dinanti-nantikan oleh peminat-peminat sukan Badminton di Malaysia mahupun di China ia juga bakal menjadi kepada seluruh peminat Badminton Seluruh Dunia. Mungkinkah Chong Wei dapat menembus kekalahan beliau pada final Sukan Olympik Beijing 2008 dahulu? Chong wei mengalahkan Boonsak Ponsana perseorang utama Thailand 21-13 dan 21 -18 untuk melangkah ke final manakala Lin Dan juga telah mengalahkan lawan beliau Peter Gede dari Denmark 21-11 dan 21-19 untuk berentap di final (Hari ini..).
Perlu di ingatkan bahawa Lin Dan masih memegang rekod kemenangan dalam pertemuan dengan Chong Wei sebelum ini iaitu 14 - 6. Mampukah Chong Wei mengalahkan Lin Dan? Agak sukar untuk menentukan nasib Chong Wei kali ini. Mungkin harapan untuk menang ada kerana tekanan mungkin kepada Lin Dan yang beraksi hebat bila berada di Beijing dulu dengan sokong padu dari Penyokong beliau. Apa-apa pun diharap Chong Wei Mampu melakukan yang terbaik didalam permainan beliau. Semoga kejayaan berpihak kepada Chong Wei dan membuktikan beliau Pemain No.1 Dunia.

nk wish tahniah kt lee chong wei hero negara kita yg dh menang japan open baru2 nie...tetapi yg peliknya knape smpai skrang nie masih tak dpat2 lgi pingat EMAS@title juara dunia yek...renung2kan yee kita bersama2..apapun doakan chong wei dpt menang pingat EMAS Sukan Olimpik London 2012 akan dtng,Kejohanan Dunia,dan jgk mempertahankan Seluruh England serta menang kejohanan yg lain jgk sperti Piala Thomas,Sukan Komanwel,Asia dan lain-lain...begitu jgk kepada pemain2 kita yg lain like Koo-Tan,Zakry-Fairuz...danlain2 tue jgk yee...jgn selalu harapkan chong wei sorang je yee..begitu jgk kepada atlet2 kita dri sukan yg lain jgk kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua ....sekian
ReplyDelete