Sabar je lah dengan perangai anak-anak muda sekarang ini. Aku hanya mampu menarik nafas sedih dengan cerita ini.Aku tak boleh tahan bila ia melibatkan kesucian nama ALLAH S.W.T dipermainkan. Tak kira bangsa atau agama mana sekali pun aku pasti perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Bagi aku perkara sebegini berkait rapat dengan pendidikan didalam sesebuah institusi kekeluargaan yang pada pandangan aku telah gagal sepenuhnya.
Masalah ini adalah masalah bersama tidak kira bangsa atau agama dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa dan masyarakat harus memainkan peranan dalam menerap semangat perpaduan dan hormat menghormati dalam hidup bermasyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sekira ini berjaya aku percaya semua perkara ini tidak akan terjadi. Jadilah seorang warganegara yang memiliki Semangat perpaduan yang tinggi demi menjaga hati kaum lain semoga keamanan yang berkekalan terus kita miliki.
Sudah sampainya pihak berkuasa memberi perhatian sepenuhnya kepada pemasalahan ini. Satu cara yang aku fikirkan adalah penangkapan dan denda yang tinggi sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keamanan negara kita yang dicintai.

harap pihak berkuasa ambil tindakan sebagai satu pengajaran kepada semua supaya hormat menghormati
ReplyDeleteSetuju..biar pihak berkuasa yang menahan suspek dengan segera demi kesejahteraan negara
ReplyDelete2 pengetua melayu juga perlu diambil tindakan tegas tanpa mengira bangsa atau kaum......namewee and perempuan ini juga perlu didenda...sebagai pengajaran..
ReplyDeletewalaupun saya, sebagai seorang cina yang telah meninggal di malaysia selama 19 tahun, saya amat kesal sekali dengan tindakan sebegitu, pada pandangan saya, isu isu perkauman adalah disebabkan pendidikan keluarga yang seperti apalah yang telah disebutkan oleh penulis di sini, amat mengagalkan, dalan hal ini, orang seperti dia harus dihukum oleh pihak yang berhak kuasa dan mengambil penghukuman sebagai pengajaran. Saya mahu meminta maaf dengan kalian atas tindakan orang muda ini yang tidak berfikir baik baik sebelum mengatakan sesuatu yang dapat mencederakan kaum kaum lain. Mohan maaf saudara dan saudari yang ku amat menghormati sekali.
ReplyDeletekita harus tahu sbb pengetua tersebut bercakap demikian. Mungkin student sendiri yg provoke dia untuk bercakap sedemikian. (Jika nk tau keadaan sebenar, cuba kita sendiri berada di sekolah yg student2 tidak tahu mengikuti peraturan2 semasa perhimpunan dan peraturan sekolah yg lain) Student nowadays mmg ramai bermasalah disiplin. Dan sebagai manusia biasa, perngetua yg patriotik tersebut juga teruja kesabarannya dgn sikap kebiadaban pelajar2 nya.
ReplyDeletefikir-fikirkan lah~~~ =) Buat lah research betul2..
anon - Saya Setuju, tak kira apa bangsa dan agama yang salah tetap kena hukuman..
ReplyDeleteJeffrey Ong - Terima kasih buat saudara Jeffrey kerana sudi memberi pendapat. Memang sekarang sepatutnya pihak berkenaan perlu mengambil langkah serius dalam menangani permasalahan ini. Ini masalah bersama tak kira bangsa dan agama..didikan dalam sesebuah institusi kekeluargaan perlu dimantapkan. Beside this isu another thing kes buang bayi semakin menjadi-jadi..ini juga antara masalah yang perlu diberi perhatian dan segala masalah yang timbul ini menunjukkan sistem kekeluargaan dinegara kita gagal..
Anon2 - Saya sendiri tidak pasti bagaimana seorang pengetua boleh mengeluarkan kenyatan yang boleh memgugat keamanan,setiap manusia pasti tidak lari dari melakukan kesilapan. Namun kita harus tahu nilai sebenar sebagai seorang guru mendidik anak-anak tidak kira apa rintangan pun. Sememangnya kalau displin puncanya guru harus tahu bagaimana hendak menangani..walau teruk sekali displin saya pasti mereka mempunyai cara untuk menanganinya selain dari membangkit isu perkauman.
tindakan mereka ini perlu di hukum dgn HUKUMAN yang SANGAT BERAT...pelik betul dia org nie kalau dah tak suka dgn malaysia jgn la berpijak dibumi malaysia nie,dgn cara menghina itu sama seperti memburukkan dan merugikan usaha nenek moyang seta keluarga mara MEREKA YANG TELAH BERJUANG BERSAMA-SAMA UNTUK MEMERDEKAKAN DAN yang sekian lama hidup dimalaysia..kepada pihak berkuasa jika diberi peluang,pengampunan atau hukuman yang ringan maka, lagi ramai la org yang akan mengkianati malaysia ini dan memperlekehkan agama..dan tidak mustahil akan terjadi nyer kejadian yang tidak diingini...mungkin sekali dua bole ditahan tp jika byk kali mungkin terbakar juga kesabaran..kira besyukur la org melayu sekarang kurang melatah dan tidak cepat naik baran..kalau org dulu2 saya tak tau la nasib dua org nie(contoh zaman pemerintahan raja confirm mati)..org melayu sekarang dah semakin professinal dalam segala hal..alhamdulillah..jadi diharap pihak berkuasa menggunakan kuasa dan aliran yag betul untuk menghukum pengkianat ini.. sekian terima kasih
ReplyDeletesemua pun BN punya salah,
ReplyDeletekalau tak ada BN,
malaysia is heaven
Negara kita sudah cukup aman,tenang,damai nak di bandingkan dengan negara2 lain...kite hidup berbilang kaum sejak dahulu lg sepatutnya bersyukur kerana kita mampu hidup dalam aman dan dan damai...tindakan untuk melaga2 kan sesame bangsa dan agama bukan satu tindakan yg wajar..anak2 mude sekrg terlalu cetek ilmu pengetahuan, berfikiran singkat dan tak sedar tindakan meghuru harakan kaum itu boleh meberi impak yg sgt besar satu hari nanti..kalo suatu hari nanti kite berpecah belah..kesian la dgn nenek moyang kite dulu yg cube menyatukan kepelbagaian bangsa kat malaysia nih..setiap kaum saling memerlukan kat malaysia nih..yg penting kene hormat menghoramti..kerajaan harus ambil tindakan sewajarnya keats org2 yg cube memporak perandakan keharmonian negara kita..mungkin anak2 mude suke hidup dlm keadaan kucar kacir,dan peperangan...sebb tuh tak menghargai apa yg ada sekrg nih
ReplyDeleteSebenarnya pendidikan yang diterima di rumah merupakan punca anak-anak muda berfikiran sedemikian. Pengalaman saya mengajar di sekolah yang 98% pelajar berketurunan cina membuatkan saya faham dan jelas sebab tindakan pengetua berkenaan. Dari pemerhatian saya,ibu bapalah penyumbang terbesar sentimen perkauman ini. Oleh itu sistem pendidikan yang ada sekarang perlu di kaji semula dan saya amat menyokong pembentukan sekolah wawasan dalam mewujudkan perpaduan seluruh kaum. Sudah sampai masanya kerajaan tidak lagi melayan suara-suara yang mempertahankan sekolah vernakular yang secara tak langsung melebarkan lagi jurang perpaduan. Kerajaan perlu tegas dan jangan takut hilang pengaruh dari segi politik. Pengaruh dari segi politik akan makin hilang jika kerajaan terus melayan permintaan yang semakin hari kelihatan seperti Belanda minta tanah.
ReplyDeleteIslam agamaku,melayu bangsaku - Setuju sangat dgn apa yang dicadangkan. Berbalik kepada kisah anak muda ini,dari apa yg saya nampak adalah sikap-sikap anak2 muda sekarang yang cepat terpengaruh dengan budaya luar,hormat menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain tidak ada. Kelemahan dalam Institusi kekeluarga juga harus dipersalahkan kerana tidak menekan pendidikan perlunya sifat menghormati orang lain...
ReplyDeleteAnon - Nie lahir tahun 1957 ke? Semangat parti nampak..hehe
Anon1 - Setuju 100%..Keamanan adalah milik kita sekira saling hormat menghormati budaya dan agama kaum yang lain. Sekarang pelbagai isu telah keluar. Apa yang aku harapkan selesaikanlah secara aman.
harap melayu jangan hina cina juga..
ReplyDeletecomel nye amoi tu!!
ReplyDeletekalo brani, repot saja le..gerenti masuk news
Anon - Apa yang saya harapkan tiada penghinaan terhadap semua bangsa dan agama supaya hidup lebih tenteram..
ReplyDelete"Ahmoi" itu bersalah dari segi undang-undang Akta Hasutan dan Akta Keselematan Dalam Negeri yang
ReplyDeletekuatkuasa di Malaysia kerana tulisan beliau berpotensi menimbulkan keresahan dan menggugat ketenteraman awam.
Kalau kita tahu sudah ada undang-undang kita boleh aman.
Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] berbunyi (c) barang siapa mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk dibeli, mengedarkan, menghasilkan semula sebarang penerbitan yang menghasut boleh dihukum, atas kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya;
dan seksyen 27 Akta Keselamatan Dalam Negera 1960 [Akta 82] berbunyi "barang siapa mempamirkan atau mengedarkan .... tulisan untuk menghasut keganasan . .. atau menyebabkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam adalah melakukan kesalahan.
Dan seksyen 8(1) Akta yang sama berkata "jika menteri (dalam negeri) berpuas hati bahawa
penahanan seseorang adalah perlu untuk mengelak beliau dari bertindak menjejaskan keselamatan
Malaysia, .... boleh membuat perintah penahanan supaya orang itu ditahan selama dua tahun.
"
Jadi kita sudah ada undang-undang untuk bertindak terhadap pesalah. Kenapa hendak risau?
Perbuatan panik kita boleh mejerat kita senidiri. Biar pihak berkuasa bertindak. Mereka arif
dalam bidang tugas mereka. Jangan kita ulangi tulisan dalam blog-blog kita. Bila kita ulangi,
orang yang membaca marah dan dia pun keluarkan kata-kata kesat terhadap kaum lain. Setiap kaum
ada orang baik dan orang buruk. Ada non muslim membantu dan menyokong orang islam. Bukan semua orang bukan islam tak baik. Sama juga ada orang islam jahat sesama islam. Ini pemikiran orang waras.
Ada pun beberapa orang telah report polis terhadap tulisan ahmoi itu. Jika ahmoi bersalah biar pihak berkuasa ambil tindakan. Kita diam dan lihat sahaja. Kita jangan mengapi-apikan satu sama lain dan kita pun nak melakukan kesalahan yang kita kata ahmoi itu cuba melakukan iaitu menimbulkan huru hara. Mengulangi tulisan ahmoi dalam blog kita juga adalah kesalahan. Jika itu niat ahmoi itu kenapa kita perlu buat dia berjaya dengan kita sendiri menimbulkan huru hara yang ahmoi inginkan? Kan elok kita tunjuk bahawa orang islam itu waras,bijak, bertamadun dan tidak akan membuat huru hara?
pengetua mane korang cakap ni? tak pahang aku
ReplyDeleteAnon - Cukup bernas sekali komen anda dan saya bersetuju,biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Apa yang perlu jangan ada pihak yang cuba menambah-nambah cerita yg boleh menggugat keamanan negara kita..
ReplyDeletePengetua - Pengetua kontroversi kat Johor Bahru yang dikutuk oleh NAMEWEE tempoh hari
why this little girl hate Allah so much...funny.
ReplyDelete