22 September 2010

I LOVE SELANGOR | ENTRI KONTEST MELEPAS

Tergerak hati ingin berkongsi serba sedikit mengenai SELANGOR. Mula-mula entri ini dikhaskan untuk Kontest MYSELANGORSTORY,namun disebabkan ada masalah teknikal jadi saya peramlah sampai ke hari ini. Namun saya ingin kongsi serba sedikit mengenai entri yang telah saya drafkan. Kenapa seharusnya saya sepatutnya terpilih untuk Kontest MYSELANGORSTORY ini? Mudah..Sebab Selangor "ROCKS" dan Selangor jugalah yang menjadi tempat tinggal saya selama 16 tahun sejak berhijrah dari Sarawak dan saya cukup mengaguminya.

Saya akan berusaha dengan sepenuhnya untuk mempromosi Selangor dengan pelbagai cara agar ramai yang akan mengenali Selangor dengan lebih dekat lagi. Tak Kenal Maka tak cinta. Saya pasti kalau diceritakan satu persatu ramai yang akan tertanya-tanya "Kat Mana tempat ni?" , "Cantiknya pemandangan" dan macam-macam lagi. Dengan apa yang diusahakan oleh pihak perlancongan Negeri Selangor maka saya tidak teragak-agak untuk mempromosinya bersama-sama kerana "I LOVE SELANGOR"

Nak diceritakan tempat yang menarik cukup banyak,tak payah nak jalan jauh-jauh kat Selangor ni tak habis tempat yang menarik untuk dikunjungi. Untuk MYSELANGORSTORY ini biar saya kemukakan dua tempat yang cukup menarik untuk dikunjungi. Iaitu PANTAI REMIS,jeram dan Taman Alam Kuala Selangor. Sesiapa yang mencintai keindahan alam,dua tempat ini pasti memukau anda kerana keindahan semulajadinya.

PANTAI REMIS,Jeram sebenarnya antara tempat yang cukup menarik untuk disinggahi terutama bila senja menjelma. Disini anda boleh lihat suasana seperti pesta terutama dihujung minggu. Antara acara riadah dilakukan disini dihujung minggu adalah permainan layang-layang, Memancing disekitar tepi pantai dan juga terdapat pelbagai juadah makanan laut boleh didapati disini. Bagi saya kawasan ini sesuai untuk bersantai dan melegakan minda bersama keluarga kerana suasana angin laut yang cukup segar bertiup.

PANTAI REMIS SESUAI UNTUK BERSANTAI

Bila Senja tiba anda boleh menyaksikan "SUNSET" sambil duduk diatas batu yang telah digunakan sebagai tambak. Suasana cukup romantis. Sesiapa yang pencinta keindahan alam semulajadi,disinilah tempatnya dimana anda boleh nikmati sepuas-puasnya keindahan yang cukup mempersonakan. Sekiranya kawasan PANTAI REMIS ini dijaga dengan rapi dan di lengkapi dengan kemudahan seperti Chalet atau rumah tumpangan dan laut dijaga dan diperelokan,saya rasa tempat ini pasti akan menjadi kebanggaan rakyat Selangor.

TAMAN Alam Kuala Selangor, Sebuah lagi tarikan didalam negeri Selangor yang harus dilawati. Mungkin ramai yang tidak tahu mengenainya dan mungkin beranggapan ia tidak menarik. Kalau tak tahu macamana nak jatuh cinta. Bayaran yang dikenakan untuk memasuki TAMAN Alam Kuala Selangor ini amatlah berpatutan iaitu dari RM4 Dewasa, RM1 untuk pelajar dan RM2 untuk warga emas (Mungkin bayaran telah berubah mengikut peredaran semasa..).  Disini juga anda boleh menyaksikan pelbagai Pokok Bakau dan juga kawasan ini dikenali kerana ia merupakan tempat pelbagai burung berhijrah.

PAPAN TANDA TUNJUK ARAH KE TAMAN ALAM KUALA SELANGOR

Di Taman Alam Kuala Selangor ini juga disediakan pelbagai kemudahan termasuk Chalet,Dorm,Hostel yang boleh menampung 100 orang dalam satu masa. Dengan kadar bayaran dari RM25 sehingga RM175 (Tertakluk dengan perubahan),saya rasa ia cukup berbaloi untuk percutian. Untuk pengetahuan anda semua, Taman Alam Kuala Selangor ini juga pernah diiktiraf sebagai antara lapan tempat hutan bakau terbaik ASEAN. Apa yang pasti kepuasan dijamin sekiranya anda seorang yang mencintai keindahan alam. Pelbagai aktiviti ditawarkan disini.

Inilah serba sedikit dari banyak-banyak tempat diSelangor yang anda boleh lawati. Bagi saya sokongan terhadap mempromosi Selangor pasti akan saya lakukan sekiranya diberi peluang kerana Selangor begitu bermakna bagi saya dan keluarga saya. Mungkin untuk Kontest MYSELANGORSTORY bukan rezeki saya untuk kali ini. Kalau diadakan sekali lagi,yang pasti saya tidak akan melepaskan peluang dan akan bersama-sama mempromosikannya bersama-sama.


I LOVE SELANGOR

** Kekurangan gambar yang asli membuat aku teragak-agak untuk masuk kontest lagipun kalau terpilih cuti tahunan tinggal 2 hari je..huhuhu...

5 comments:

  1. waa......jgn citer lagi.. aku pun melepas...
    dah pueh si eyriq remind suh buat...

    tp kalu berjaya pun cuti aku enggak ada sih...
    ujung tahun anak nak masuk sekolah la...
    huhuhu


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. buat la kontest..gua nak menang ni.haha

    ReplyDelete
  3. Cuba lagi lain kali bro, your write up is good. Cuti saya pun habis diguna untuk trip ni :(

    ReplyDelete
  4. banggenya jadi ank jati selangor..

    sy pun org kuala selangor meh..

    hehe

    proud3x ~

    pstt..cube lg k bro..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails