Dah masuk Hari Raya ke-4 hari ini. Ziarah menziarahi kerumah sanak saudara sudah menjadi tradisi sejak dari dahulu lagi.Aku ingin berkongsi serba sedikit suasana Hari Raya . Walaupun penat tapi cukup bermakna kerana masih diberi peluang untuk berhari raya. Hari Raya Pertama lepas juga merupakan sejarah buat aku kerana pertama kali aku berhari raya di rumah Ibu Mertua REDMUMMY iaitu rumah SIRMAN. Tak larat nak makan apa yang dihidang dek makanan yang terdahulu pun tak terhadam lagi.
Suasana meriah bila semua keluarga berkumpul pada satu masa. Pelbagai ragam dan pelbagai fesyen lagi. Ada yang macam artis YUNA pun ada. Inilah masanya masing-masing mengayakan fesyen terkini. Kemeriahan jelas sekali kerana semua sanak saudara berkumpul dan ini terus berlanjutan sehingga ke malam hari. Kalau nak cerita pasal kenyang,memang kekenyangan dengan segala makanan yang terhidang. Namun objektif menziarahi adalah bersalaman bermaaf-maafan kalau-kalau ada yang tersilap atau tersinggung.
Penat memanglah penat namun kepenatan tak terasa sebab setahun sekali menyambutnya dan sememangnya dinanti setelah berpuasa selama sebulan,umpama meraikan kejayaan setelah berjuang selama sebulan.Apa-apa pun suasana Hari Raya tetap meriah dan akan sentiasa dikenang selama-lamanya..Kalau kat tempat aku di Sarawak kemeriahan berlanjutan sehingga seminggu. Memang beraya sakan. Tapi kemeriahan behari raya disini tidak kurangnya kerana keluarga saling ziarah menziarahi..apa cerita korang pulak? Ada yang hilang jari ke dek main mercun..hehe?


meriahnya.. :D Sekali sekala berkumpul dgn sanak saudara kan best.. :)
ReplyDeletenice bro.. gmbr fmly mmg cun
ReplyDeleteKyubi_85 - Memang seronok, pelbagai ragam dan suasana gembira bila keluarga berkumpul..
ReplyDeleteHamzah ian - Thanks bro..yang paling cun akulah tuhh..ahaks
WOW..PINK KALER..teruskn beraya sebulan bro!
ReplyDeleteJMR - Hahaha..kalau Bro Eyriqazz tengok sure jeles..hahaha
ReplyDeleteSerba fink..fuuh...jambu sehh...patutla kak fasha tergoda..hik3...
ReplyDeleteNie sumer angkara lulah bro..terima jerlah seadanhya
ReplyDelete