21 September 2010

HARI INI KERTAS SIASATAN KES BUNUH DATUK SOSILAWATI DISERAH KEPADA PEGUAM NEGARA

Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati akan diserah kepada Peguam Negara hari ini. Namun ini bergantung kepada Peguam Negara sekiranya Peguam Negara perlukan pihak PDRM meneruskan siasatan,berkemungkinan PDRM akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek. Mengenai keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa,hasil ujian kemungkinan akan keluar minggu ini atau minggu depan.

Mengenai Kes Kematian Pengasas Produk Kecantikan AVEER pula menurut Polis,ia tidak ada kaitan dengan Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain. Menurut mereka lagi mangsa ada masalah kesihatan,keluarga dan perniagaan. Punca kematian Datuk Sosilawati juga memberi tekanan kepada beliau kerana Beliau merupakan rakan baik Datuk Sosilawati. Sarina 45 tahun telah dijumpai mati tergantung dibilik tidur dirumahnya sabtu lepas kira-kira 8.30 pagi.

Elok dipercepatkan siasatan ini namun harus diteliti dari segala aspek agar tiada yang tertinggal, Komen-komen panas semakin menjadi-jadi. Lagi lama kes in berlanjutan semakin panas komen-komen dari para ANONYMOUS.  Biarlah pihak yang berkaitan melakukan siasatan,janganlah kita memandai menjadi penyiasat peribadi pula hanya melalui perkhabaran sahaja. Ini lagi merbahaya kerana ia boleh mengelirukan para pembaca. Media juga harus melaporkan kedudukan yang sebenar,jangan melaporkan secara melampau-lampau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails