Ada kumpulan tak sabar-sabar menyambut Hari Raya hari ini? Adeyy.apa nak jadi..Kejadian dipercayai berlaku di Perlis dimana sekumpulan anggota yang mengamal ajaran yang dipercayai dari Dumai, Indonesia telah didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di surau Seriab hari ini. Semasa kejadian kumpulan itu sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu iaitu Shuit Ismail,51 disurau yang dipercayai markas kumpulan itu.
Lepas satu kejadian lain pula kejadian timbul,seolah-olah mereka ini kebal dari undang-undang dan mempunyai ilmu yang tinggi dalam hal agama. Kejadian ini amat memalukan dan diharap Pihak berkuasa bertindak dengan tegas terhadap kumpulan ini daripada terus bermaharajalela.Seramai sembilan orang telah ditahan setakat ini dan telah pun didakwa dimahkamah. Yang peliknya mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan dan meminta hukuman diringankan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.
ahaha lawaknya....raya awal lagi tu....
ReplyDelete