18 September 2010

HANDBAG BIRKIN RM311,000.00 UNTUK ISTERI TERSAYANG | KALAULAH...

Sanggupkah korang berbelanja untuk memiliki beg dengan menghabiskan wang sebanyak RM311,000.00? Bintang rancangan realiti televisyen, Kim Kardashian dan ibu beliau Kris Jenner telah memeranjatkan kakitangan sebuah butik kecantikan bila berbelanja secara luarbiasa di sebuah kedai HERMES di Paris. Enam beg eksklusif jenama BIRKIN yang berharga RM31,000.00 setiap satu dan juga satu beg kulit buaya berjenama bernilai RM93,000.00. 


Jumlah beg boleh beli sebuah rumah banglo. Dah banyak duit tak tahu mana nak habiskan. Mungkin dah minat beliau maka beliau tidak teragak-agak untuk membeli belah dengan berbelanja sejumlah wang yang besar. Beg buatan BIRKIN ini menjadi pilihan selebriti diluar negara yang mana nama BIRKIN diambil sempena nama seorang aktres JANE BIRKIN. Victoria Beckham sahaja dilaporkan memiliki lebih 100 buah koleksi beg jenama ini. 


Adakah REDMUMMY juga memiliki beg jenama BIRKIN juga? Kalau beliau ada koleksi atau memilikinya beg Jenama ini,tabiklah springlah. Mungkin blogger hebat seperti EYRIQAZZ boleh beli sebuah untuk isteri kesayangan beliau. Mungkin juga sesuai dijadikan hantaran buat blogger BEAUTIFULNARA untuk Majlis Hantaran Kahwin beliau nanti. Kalau aku banyak duit tak mustahil aku angkat sebijik untuk orang rumah aku..hehe..itupun KALAULAH banyak duit...

7 comments:

  1. giller mahal beg ni!!! sbb duit berlebih2an tu

    ReplyDelete
  2. uh...bole bawak kaum kerabat pergi haji dok hotel 5 bintang lagik...

    ReplyDelete
  3. bapak mahalnyer...
    klu ada duit sekalipun takkan ku beli handbag mahal2 gini.. LV pun ok per... ehehhee

    ReplyDelete
  4. salam,

    hurmm..xbek berlebih2an kan...kita kena bersedrehana....Qana'ah dlm bahasa arabnya...

    ReplyDelete
  5. Baik beli rumah kalau kita duit lebih pun .Takyahlah bazirkan camtu .

    ReplyDelete
  6. mama zharfan - Tuhlah pasal,boleh beli kereta..adeyy

    mizzura - Nasib baik mat salleh..kalo orang kita tadi memang terkena..

    Lyn Yusoff - Lyn taulah hang ada LV..hehe

    Ummi Hanie - Mat Salleh apa dikira..setuju bersederhana lagi elok.

    anon - Dah boleh beli rumah murah..diaorang tak sayang duit..

    ReplyDelete
  7. cam ne lah kalau ada org bagi korang sejuta mungkin tak beli beg ne, tapi kalau org bagi kau sejuta setiap bulan apa lah sangat nak beli utk bini tersayang... sebab tu yg beli yg beli Victoria Beckham siap ada 100 lagi... kalau kita beli mesti harian metro dah tulis nama kita...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails