28 September 2010

GROUP ANTI ARIEL (ANTI PETERPAN DAN ANTI SAHABAT PETERPAN) DIREKA | HENTIKANLAH

Kenapa harus begini? Adakah kita dilahirkan untuk membenci manusia? Aku tak fahamlah. Terbaru yang aku terbaca dalam tweet,satu group dalam FaceBook telah direka iaitu GROUP ANTI ARIEL (ANTI PETERPAN & ANTI SAHABAT PETERPAN). Memang ramai yang marah dengan Kes si Ariel ini,namun kita harus kembali ke asal perlukah kita membenci? Ingatlah "NOBODYS PERFECT" begitu jua ARIEL.


Aku rasa beliau sudah insaf atas kesalahan yang telah beliau lakukan dan kita sebagai insan yang lemah seharusnya mula memaafi beliau bukan membenci. Kebencian yang melampau akan menyebabkan diri kita menjadi tidak terkawal dan ini akan memudahkan SYAITAN terus mengoda kita untuk melakukan keburukan. Bukan nak kata aku ni bagus,cuba korang letakkan diri korang ditempat Ariel.

Dari itu bagi aku perkara benci atau anti terhadap seseorang haruslah dielakkan. Kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Terus terang aku juga seperti kamu juga pada mula-mula Kes Ariel ini terjadi.Namun lama kelamaan aku sedar buat apa perlu di benci kepada orang yang kamu sendiri tidak kenali sama ada beliau betul-betul seorang yang bermasalah atau sebaliknya. Tak pasal-pasal dapat dosa kering pasal membenci orang. Renung-renungkanlah..

** Yang tak sedap Sahabat Peterpan juga kena benci? Adeyyy

4 comments:

  1. macam2 kan orang buat group kat facebook..sape2 pun bleh buat group nak benci sape2..

    Gambar Panas Arial dan Luna tersebar lagi
    http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/08/gambar-panas-arial-dan-luna-tersebar.html

    ReplyDelete
  2. bahaya skrg ni.. agaknya lau kita wat salah sikit atau tersakitkan hati orang, mau masuk grup facebuk jugak..terus glamer...

    saya benci teratak karmo..

    kan glamer..

    hihi..jgn marah...gurau je.

    ReplyDelete
  3. zuar - burk betul perangai ek..adeyyy..

    Misz Aien - Woit!Woit!..hehe bahaya tok..adey

    ReplyDelete
  4. anda orang malaysia yahh...., soalnya bahasa anda sukar di pahami :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails