Macam-macam kalau ada duit semua boleh jadi. Inilah yang terkini yang aku baca bahawa Suspek Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan Rakan-rakan beliau telah membeli gelaran "Datuk" dengan harga RM180,000. Pihak boleh sedang menjejaki pihak yang menguruskan pengurniaan "Datuk" ini disetiap Negeri namun masih gagal menemui sebarang petunjuk. Menurut maklumat,pihak yang menjual gelaran "Datuk" ini berjanji bahawa nama Peguam terbabit akan termasuk dalam senarai penerima gelaran Datuk.
Satu lagi maklumat yang aku baca mengenai Suspek ini adalah terdapat sembilan kes jenayah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama ini antaranya tujuh kes jenayah komersial membabitkan penipuan dan pecah amanah yang berjumlah RM7.1 juta diselangor. Kes jenayah komersial ini memerlukan masa untuk diselesai dan banyak dokumen perlu diteliti dan soal siasat ramai saksi perlu dijalankan.Satu persatu perkara timbul diharap semuanya dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Salam.....jalan2 ke blog.....
ReplyDeleteagak musykil sbbnye macam mane kes2 yg sebelom ni tak bulih diselesaikan???......dah masuk kes ke 10 baru dapat petunjuk???....musykil...
Jemput ke ghumah
Sultan Kelantan
sedih la, geram yang amat sangat, kenapa puak ni jadi jagoh pulak ni, na sekarang ko tunjuk jagoh la dengan polis, amacam sedap kena seligi, jangan kasi cam, kalau boleh kabinbet gubal la cepat undang2 untuk campak kat kandang buaya ja mereka ni, buat siaran langsung, biar semua dunia nampak, binawe punya pencacai najis, haprak
ReplyDeleteDkosonglapan - Seperti yang telah dimaklumkan kes kebanyakan kes komersial maka siasatan agak lambat kerana banyak faktor..
ReplyDeleteAnon - Memang ikutkan hati nak jer sumbat dalam kandang buaya tapi kena realistik sikit,kita ada undang-undang kena akur..