Hati-hati buat semua,itu pesanan yang ingin aku sampaikan kepada semua. Kejadian ini baru je berlaku kepada jiran ibu Mertuaku. Kejadian berlaku disekitar kawasan Kapar,Klang dikawasan perumahan. Apa yang aku dengar modus operandi kumpulan ini adalah menyamar sebagai penjual besi buruk dengan berpakaian segak. Suspek 2 orang seorang Melayu seorang Chinese. Perbincangan dibuat pada waktu pagi dan barang akan diambil masa petang.
Kumpulan ini telah memerhati kawasan kejiranan sebelum bertindak sambil berpura-pura ingin membeli besi pada harga tinggi. Selepas berjaya mengenali mangsa yang hendak dijadikan mangsa,mereka akan menjalankan misi kedua iaitu PUKAU. Kedua-dua suspek datang kembali diwaktu orang pergi sembahyang jumaat. Bila sampai rumah mangsa mereka berlagak seolah-olah ingin mengambil besi tersebut dan bila tuan rumah keluar Suspek Melayu ini akan memulakan langkah dengan bersalaman.
Bila salam jer terus mangsa menurut kata-kata suspek. Habis segala barang kemas yang dianggarkan bernilai hampir RM5,000.00. Mangsa cuma sedar setelah mandi. Kebetulan jiran bertanya apa cerita,sambil mangsa memberitahu nanti beliau akan cerita, beliau hendak pergi mandi dahulu. Selesai mandi mangsa dalam keadaan sedar tak sedar memakai pakaian yang lawa seolah-olah hendak pergi kenduri. Bila jiran tegur hendak pergi kemana,barulah mangsa boleh berfikir sambil menjerit barang beliau telah dicuri...
Jadi buat sesiapa yang mungkin terserempak dengan kumpulan ini,berhati-hati dan kalau boleh jangan bersalaman sama sekali dengan mereka. Mungkin anda atau keluarga anda jadi mangsa seterusnya jadi hati-hati. Macam-macam cara orang sekarang hendak merompak orang. Aku rasa sindiket ini berani kerana sebelum kejadian ada ramai juga orang berminat ingin menjual besi buruk kerana harga yang ditawarkan agak tinggi (Termasuklah Bapa Mertuaku....). AWAS jangan TERPEDAYA

Ya Allah... bahaya nyer..
ReplyDeletetakut betul zaman2 skrg ni.. mcm2 kes..
ReplyDeleteSalam tuan tanah..
Ni bukan nak komen pasal entri ni, tapi nak ucap selamat Hari Raya. Hehe..
Blog korang di tag di AsrolMania
Lynn - Hahh hang kat Klang tuhh jaga-jaga..macam2 taktik sekarang..
ReplyDeleteAsrol - Terima kasih bro..selamat hari raya gak