Lagi kisah artis yang boleh tahan juga kontroversinya. Kisah Wan Norazlin dengan Ejen Hartanah. Semuanya gara-gara mengenai pembayaran Komisen sebanyak RM16,000.00 yang sepatutnya dibayar (dah settle dah pun...) kepada Ejen hartanah yang mendakwa beliau telah ditipu. Itupun setelah perbincangan luar mahkamah dilakukan.Apa yang aku tahu Ejen tersebut telah beberapa kali gagal menghubungi artis berkenaan dan peguamnya bagi menuntut komisen sebanyak 2 peratus dari hasil jualan rumah yang berjumlah RM16,000.
Kalau tak kerana gagal dihubungi mungkin perkara ini tidak tersebar sampai ke media. Macam-macam. Namun mungkin ada sebab musabab kenapa Wan Nor Azlin bertindak lambat membayar komisen tersebut kut. Namun aku kurang pasti apa puncanya. Seeloknya dah dapat settle rumah tu terus jer settle takde orang merungut. Jangan kerana seorang artis semua artis terima akibatnya nanti. Iaitu KEPERCAYAAN. Ejen itu sendiri mengatakan bahawa peristiwa tersebut benar-benar mengajarnya agar lebih berwaspada untuk berurusan dengan golongan selebriti. Renung-renungkanlah...

No comments:
Post a Comment