25 September 2010

DUA LOKASI MAYAT DITEMUI DILADANG MILIK SUSPEK KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA | KUBUR SIAPAKAH?

Ngeri sekiranya apa yang aku terbaca ini betul-betul wujud mayat. Berkenaan dengan Kes yang melibatkan Suspek pembunuhan Kes Datuk Sosilawati Lawiya. Dua Lokasi baru dipercayai tertanamnya mayat (belum dipastikan mayat siapa) telah ditemui di Ladang Milik Suspek utama Kes Datuk Sosilawati. Penemuan ini adalah hasil maklumat daripada empat suspek yang telah dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira 4 petang tadi.

Walau bagaimanapun proses  atau operasi mengorek di dua lokasi tersebut akan dilakukan hari Ahad berikutan kesemua kenderaan forensik, MPV Polis dan sebuah van yang membawa suspek keluar dari ladang kira-kira pukul 6.45 petang. Nampaknya pelbagai misteri yang terdapat diladang Milik Suspek ini. Mungkinkah ada lagi mayat seterusnya akan dijumpai diladang ini lagi? Bagi aku ini tidak mustahil,kemungkinan itu ada,namun aku tidak berani memberi spekulasi.

Apa yang aku dengar Siasatan akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. Berikutan terjumpanya bahan baru ini berkemungkinan siasatan akan terlambat,namun ini belum dapat pengesahan lagi dari pihak berkuasa. Siapakah yang tertanam didalam Dua Lokasi baru yang dijumpai ini? Adakah Jutawan India? Shafik Abdullah dan Rakan? Setakat ini 3 orang sahaja yang telah disahkan kehilangan mereka,jadi sama-sama kita tunggu keputusan dari Dua lokasi ini.

3 comments:

  1. ada lagi mayat ke??? seram plak baca...

    ReplyDelete
  2. Tuhlah bro..esok diaorang korek..maklumat dari 4 orang suspek..tunggu berita esok

    ReplyDelete
  3. gila punya peguam ni..mmg pembunuh berjaya wa cakap lu

    http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/09/datuk-sosilawati-tidak-dirogol.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails