25 September 2010

DiGi iPhone 4 Me

Waduh..idaman kalbu telah sampai. iPHONE 4!! Kenapa saya teringin sangat iPHONE 4? Banyak sebab sebenarnya tetapi saya berikan jawapan yang sememangnya logik belaka. Saya inginkan iPHONE 4 kerana dalam sejarah diri, saya e tak pernah lagi  memiliki gajet yang canggih seperti iPHONE 4. Selama ini saya hanya dapat memegang dan melihat sahaja tanpa dapat merasai kecanggihan sebenar iPHONE4. Apa yang ada pada saya sekarang hanyalah Handphone yang kalau anda semua lihat pasti tersenyum sambil berkata " Sah dia ni tinggal pada Zaman Batu". Itulah hakikatnya.



iPHONE 4 ingin saya miliki kerana ia pasti akan dapat membantu kerjaya sampingan saya sebagai seorang blogger. Apa yang saya nampak ciri yang penting bagi diri saya yang terdapat dalam iPHONE 4 ini adalah Quad band HSPA yang mempunyai keupayaan dan kelajuan  7.2 Mbps (Turbo 3G oleh DiGi Malaysia - 14.4 Mbps) dan WiFi yang lebih laju. Inilah yang saya perlu kerana ia betul-betul membantu saya dalam berblogging nanti. Lagi pun saya percaya dengan Penggunaan TURBO 3G internet kerana saya pengguna setia sejak memilikinya pada tahun lepas.



Banyak lagi ciri-ciri yang membuat sesiapa sahaja melihat pasti akan tertawan. keupayaan Kamera 5.0 megapixel sudah pasti akan dapat menghasilkan gambaran yang menarik, kamera hadapan dan belakang yang mana dilengkapi dengan LED Flash.Reka bentuk yang lebih nipis menjadikan ia sebuah smartphone yang paling nipis dalam pasaran. Mampu merakam Video HD (High Definition) dan video boleh diedit melaluinya. Ia juga dilengkapi dengan Kompas dan juga aplikasi games yang dilengkapi dengan giroskop sudah pasti ini yang terbaik.

Perlukah saya berceloteh lagi? Sesungguhnya saya amat teruja dengan Kontest yang dianjurkan oleh NUFFNANG ini kerana ia sememangnya satu bonus terutama buat blogger seperti saya. Sudah pasti semangat untuk berblogging lebih terserlah sekiranya dapat memiliki iPHONE 4 ini. Yang Paling penting gabungan iPHONE 4 dan DiGi sudah semestinya yang terbaik. Dengan gabungan yang mantap ini sudah pasti saya akan dapat menikmati kepuasan dalam berblogging. Kesimpulan dan kata akhir dari saya cukup mudah  "iPHONE 4 is MINE"..

3 comments:

  1. bila la bleh pki hp mahal2 ni..huhu

    Trik Free Call..Jom tgk:-D
    http://zuarxpdc.blogspot.com/2010/05/panggilan-percuma-tanpa-had-menerusi-hp.html

    ReplyDelete
  2. zuar - Tuhlah..gua pakai pun hphone nokia lama..tak mampu nak beli gajet yg mahal2

    ReplyDelete
  3. sebenarnya harga nya berapa iphone 4 16GB

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails