Terbaca dalam akhbar mengenai Datuk Sosilawati Lawiya sehingga kini berita mengenainya masih tidak diketahui sama ada dah ditemui atau belum. Hari Raya Esok pasti sukar bagi anak-anak beliau bila selalunya ibu mereka berada disini namun kali ini terpaksa beraya dengan diselubungi suasana sedih. Satu demi satu spekulasi dikeluarkan entah dari mana mereka perolehi pun aku tak tahu. Ada yang mengatakan beliau dibunuhlah,ada juga spekulasi mengatakan beliau diugut dan sebagainya yang tak perlu aku tokok tambah lagi.
Namun yang hampir pasti adalah semuanya berkait dengan kes penipuan. Bukan aku yang reka namun terbaca dalam akhbar mengatakan beliau telah merasakan diri beliau ditipu. Antara kata-kata beliau kepada adik beliau iaitu Rosnani:
“Aku tidak suka orang tipu aku. Kalau nak duit minta, jangan curi. Jangan buat aku macam ini,” itu sebahagian daripada kata-kata jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ketika pertemuan akhir bersama adiknya sebelum dilaporkan hilang, 30 Ogos lalu.
Apakah ini punca beliau hilang? Mungkin iya dan mungkin tidak. Aku pasti ramai akan membuat spekulasi selepas ini selagi Datuk Sosilawati Lawiya tidak ditemui. Bagi aku elok hentikanlah segala spekulasi demi menghormati keluarga beliau yang aku pasti tengah bersedih di Syawal ini.Diharap mereka tabah melalui kesukaran ini dan aku juga berharap pihak berkuasa akan menemui beliau dengan selamatnya.

harap2 misteri terjawab nanti..
ReplyDeletedah terjawap dan terungkai segala misteri
ReplyDelete