12 September 2010

DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN TIGA YANG LAIN MATI DIBUNUH DENGAN KEJAM?

Betul kerr??Baru balik beraya rumah kaum kerabat di Muar terus on lappy tapi line malu- malu kucinglah pulak. Terlihat dalam tweetdeck kisah sedih mengenai terjumpanya Mayat Datuk Sosilawati Lawiya di Morib..INNALILAHIWAINALILAHIRAJIUN kalau betullah berita ini...Susah betul aku nak mengupdatekan berita disebabkan kekurangan tarikan line. Hampeh betul nak jerr balik KLANG. Apa-apa pun cukup sedih kesudahan cerita Datuk Sosilawati ini. Ucapan Takziah aku ucapan buat keluarga beliau dan diharap tabah menghadapi dugaan ini sekiranya betul laporan yang dikeluarkan.

Apa yang aku dengar melalui blogger-blogger lain yang mengikuti berita melalui TV3  dan juga TV1 mengatakan beliau telah mati dibunuh bersama 3 orang lagi yang bersama dengan beliau di Pantai Morib Klang. Pembunuhan dilakukan dengan kejam sekali iaitu mayat merka telah dibakar. Masya-Allah apalah punya manusia yang melakukan perbuatan ini.Berita lanjut nanti aku update bergantung dengan keadaan line yang semput ini. AL-FATIHAH diucapkan buat mangsa yang telah meninggal dunia sekiranya betullah berita ini. Kita tunggu dan lihat Headline dan bedahsiasat Pagi nanti tentang Mayat yang rentung yang telah diketemui di Pantai Morib ini. Aku mintak-mintaklah bukan Datuk Sosilawati.

** Berita Online tak keluar lagi? Masing-masing menunggu keputusan akhir..aku pun dah confuse..internet cam siput...berdoalah harap bukan orang yang kita disangkakan..

** Updated. Berita Bernama dah keluarkan pengesahan mayat ditemui adalah Datuk Sosilawati dan 3 orang yang bersama beliau iaitu peguam,pegawai bank dan  pemandu..namun aku tidak dapat jejaki berita Bernama ini namun laporan aku rasa sumber boelh dipercayai..

** Updated..Footnote BERNAMA tulis MUNGKIN mayat ditemui adalah Datuk Sosilawati..Harap Maklum..Tunggu berita Pukul 6 pagi berita akan keluar..entah betul ker idak,tapi sumber aku kali ini rasa boleh dipercayai...

10 comments:

  1. innalillah pada yang meninggal...

    ReplyDelete
  2. takziah kepadakeluarga mangsa..

    ReplyDelete
  3. :: agak2 memang betul la..ramai yang kata 80% logik dan diterima akal... 6 orang dah kena tangkap tu...

    ReplyDelete
  4. Fatin - Laporan akhbar dah meluas..nak confirmkan diaorang pun cuma berpandukan maklumat dari polis..

    Sfatimahz - Tak sempat reply ngantuk pagi tadi..pukul 6 pagi ikutkan tapi sekrang forensik tengah nak comfirm balik

    Pendekar Berkuda - Rasa gerak hati betul sebab akhbar pun dah macam standby nak confirmkan

    ReplyDelete
  5. mungkin.. betul sebab yg bawa polis ke tempat kejadian adalah suspek utama.

    ReplyDelete
  6. Ars - Kemungkinan Besar Betul...kita tunggu keputusan DNA pulak lepas nie

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails