Kita telah dikejutkan dengan kematian yang tragis yang telah menimpa Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 rakan beliau yang dilaporkan telah dibunuh dengan kejam iaitu dipukul kemudian mayat beliau berserta rakan beliau dibakar disebuah ladang sawit disekitar tanjung sepat manakala abu mayat beliau telah dibuang di Sungai Pancha. Jelas sekali manusia sekarang memiliki pemikiran yang amat membimbangkan dengan pemikiran semakin tidak terkawal sehingga sanggup membunuh.
Penyeksaan telah dilakukan terhadap mangsa.Sesetengah laporan mengatakan mereka dibelasah dan ditikam dengan senjata tajam sehingga mati dengan berlumuran dengan darah. Untuk menghilangkan bukti, Suspek telah menyimbah petrol terhadap mayat dan abu mayat mereka dikutip dan di buang ke dalam sungai. Sungguh ngeri kalau kita bayangkan senario pada ketika mangsa dibunuh,pasti ketakutan menyelubungi mereka dan rayuan agar jangan dibunuh juga dapat dibayangkan.
Apa yang mereka(Suspek) perolehi dari pembunuhan ini? Adakah mereka berasa puas hati? Adakah mereka akan menjadi kaya raya? Adakah ini untuk menutup muslihat mereka ? Kesemua persoalan ini bermain-main difikiran. Mana hati dan perasaan mereka yang sanggup melakukan pembunuhan yang pada pandangan saya begitu kejam sekali. Lebih kejam dari binatang yang buas. Kesemua ini adakah gara-gara ingin menikmati kekayaan didunia? Itulah yang dapat saya simpulkan mengenai jenis manusia yang tidak berhati perut ini.
Kita sering lalai dan leka dengan dunia tanpa memikirkan keburukan dalam mengejar sesuatu yang diinginkan. Sikap atau laku pembunuh seolah-olah beliau seorang yang tidak waras. Tahap pemikiran terlalu taksub mengejar kekayaan membuat mereka berubah. Yang kesiannya adalah keluarga mangsa. Apa yang lebih menyedihkan adalah pemandu yang saya rasa tiada kaitan dengan urusan yang dijalankan.Sewajarnya pembunuh atau "Mastermind" dalam kes pembunuhan ini dihukum dengan hukuman yang berat.
Ujian DNA untuk mengenalpasti mangsa akan dijalankan dan ini memerlukan masa untuk mengesahkan. Sekurang-kurangnya dua minggu diperlukan untuk membuat pengesahan ini. Namun pengakuan telah dibuat oleh si pelaku yang mengaku telah membunuh mangsa.Pengesahan DNA adalah jawapan terakhir untuk menutup kes ini secara rasminya. Doa tetap diiringkan untuk keluarga Datuk Sosilawati dan rakan beliau moga DNA itu bukan milik mereka. Keluarga mangsa redha dan pasrah sekiranya DNA tersebut milik mangsa. Sekali lagi AL-FATIHAH disedekahkan buat mangsa..Amin..
Nota :
Wang Tunai bernilai 4 juta sebelum ini dilaporkan dibawa bersama tidak wujud. Nilai sebenar adalah lebih tinggi.
Sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.
Salah seorang Suspek yang ditahan memilikiJam Tangan Datuk Sosilawati ketika ditahan.
Hukuman sangat berat dan segera perludilaksanakan demi menjadi pengajaran supaya perbuatan kejam begini tidak wujud lagi!!!
ReplyDeleteHukuman berat sudah semestinya agar menjadi pengajaran buat generasi akan datang..
ReplyDeletehkukuman berat? Itupun kalau diBUKTIkan bersalah...silap-silap kalau bersalah pun boleh lepas
ReplyDeleteanon - Mintak mintak jangan dilepaskan...sumbat dalam kandang buaya pun ok
ReplyDelete