17 September 2010

CEK 1 JUTA JADI UMPAN | KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI DAN TIGA YANG LAIN

Terkini maklumat yang aku terbaca mengatakan bahawa Cek Bernilai 1 Juta sebagai Umpan. Menurut apa yang aku baca Cek Tertunda telah diserahkan 2 Ogos yang lalu dan hanya boleh ditunaikan pada 2 September. Bersama-sama dengan Cek itu satu draf perjanjian telah disediakan yang membolehkan Suspek menerima Komisen. Dari apa yang aku baca dengan penyerahan Cek tersebut Suspek cuba meminta komisen dari mangsa dan meyakinkan pembeli akan membayar 10% sebagai wang pendahuluan dalam tempoh tertentu. 

Sebelum ini ada laporan menyebut Peguam Syarie beliau ,Datuk Zaidi Zain ada menyebut bahawa beliau telah membeli tanah bernilai RM20 juta dengan bantuan Suspek dan beliau juga memberitahu bahawa beliau bakal menerima keuntungan RM80 juta hasil penjualan tanah kepada pembeli yang membeli dengan harga RM100 juta. Untuk penyerahan Komisen Mangsa telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak membawa tunai sebaliknya membawa Peguam dan Perunding Kewangan Peribadi beliau. 

Ini hanyalah spekulasi saya,mungkin disebabkan hal inilah Suspek berang dan terus mengambil keputusan diluar jangkaan. Mungkin ada pertikaman lidah antara Suspek dan mangsa? Mungkin pada perbincangan mangsa sepatutnya membawa bersama wang tunai? Mungkin juga Suspek sudah nekad untuk membunuh setelah beberapa perbincangan namun kata putus sama ada mangsa tidak jadi memberi komisen kepada Suspek Setelah mangsa tahu beliau ditipu? Semuanya masih samar-samar...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails