Aku cukup tersentuh sekali dengan penulisan dari salah seorang blogger dari negara sahabat yang mengambil langkah bijak dalam menangani masalah yang melanda Indonesia dan Malaysia. Apa yang beliau tuliskan ada kebenarannya dan itulah yang rakyat perlukan. Tidak semua rakyat Indonesia yang melatah dek kerana Insiden yang sekarang hangat diperkatakan. Ada sebilangan yang masih mempunyai rasa inginkan kedamaian dan itu juga yang dimahukan oleh rakyat Malaysia.
Apa yang aku harapkan tiada perpecahan atau terputus hubungan diantara kedua buah negara yang masing-masing mempunyai pengaruh yang amat besar dan memainkan peranan penting dalam membentuk negara Asean yang makmur. Tiada guna kita bersengketa kerana ini hanya akan memusnahkan hubungan yang sekian lama terjalin. Harapan aku moga Kerajaan kedua buah Negara masing-masing mengambil langkah yang bijak menangani permasalahan ini.
Buat sahabat blogger dari Indonesia ini diharap mereka akan mendapat sokongan dari rakyat kedua belah pihak yang cintakan kedamaian. Keamanan dapat dicapai dengan kata sepakat namun kehancuran pasti sekira masing-masing tidak bijak. Jadi tanganilah dengan bijak. Buat anda yang ingin membaca blog sshabat blogger ini sila layari blog mereka dibawah.

No comments:
Post a Comment