Entri ini adalah sebagai peringatan kepada semua termasuk juga buat aku. Sebagai Blogger adalah tanggungjawab kita untuk berblogging dengan beretika. Medium blog adalah merupakan satu medium yang begitu hebat. Kepantasan maklumat dan penyebaran cukup kuat. Kalau disalahgunakan boleh merosakkan diri. Jangan sesekali melanggar tatasusila ketika menulis. Rasa hormat harus disemat didalam diri. Dengan cara ini orang akan menghormati kita.
Sekadar untuk renungan bersama agar jangan libatkan diri didalam perkara yang menyusahkan diri dan orang ramai. Ini mengenai penggunaan Internet terutama blog dalam meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan menghasut atau mengapi-apikan sentimen perkauman. Maklumat diperolehi dari SKMM memberitahu bahawa 533 aduan mengenai salahguna kemudahan internet khususnya rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dan 26 peratus merupakan aduan mengenai percubaan merosakkan perpaduan kaum di negara ini.
Perkara sebegini yang harus dielakkan terutama kepada blogger-blogger tak kira dimana jua anda berada. Setakat ini SKMM tidak menyebutkan penglibatan blogger ,mungkin kes blogger agak kurang. Namun kita tidak harus memandang ringan perkara ini. Aku harap demi untuk menjaga nama baik arena blogging,sama-samalah kita berblog dengan beretika,cuba elakkan melakukan perkara yang boleh mencetus kemarahan kepada semua pihak. Menjadi batu api dan sebagainya.
Perlu diingatkan sekarang segala maklumat yang disampaikan akan diperhatikan terutama maklumat yang berbaur hasutan. Aku sokong pemantauan ini agar negara kita bebas dari perkara yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Diharap kita atau blogger-blogger lepas ni beringat-ingatlah bila beblogging demi kesejahteraan semua. Moga arena blogging terus dikenali sebagai medium bebas dari segala kontroversi.
sound like heavy je bro =D
ReplyDeleteyours
SH
sepatutnya mmg mcm tu. cuba jgn bangkitkan isu yg sensitif. blogging should be fun..
ReplyDeleteYelah protect the blogger sebelum apa apa terjadi..sekarang dalam paper FB dan twitter dah kena mentioned...
ReplyDeleteuishk terus jadi takutlah.
ReplyDeleteKyuubi_85 - Itu yang cuba saya terangkan disini. Diharap keyakinan orang terhadap blogger berterusan
ReplyDeleteCiklilyputih - Tak perlu takut,apa yang perlu adalah kita tahu mana sempadan kita dalam berblogging
ReplyDelete