Bila aku baca satu artikel ni mengenai Matahari pada tahun 2013,Naik ngeri pulak aku. Apa taknya,Seluruh Dunia bakal Huru hara disebabkan Nyalaan Api meluap-luap dari Matahari bakal terjadi pada tahun itu.Maklumat pulak yang mendedahkannya Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox. Adoii..Korang nak tahu apa impak dia? Korang renung-renungkan ayat yang aku cilok nie..
"Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan."
GAMBAR MATAHARI DIRAKAM OLEH N.A.S.A PADA 8 SEPTEMBER LEPAS
"Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia."
Risau pun ada gak nie..adeyy..Kekuatannya pulak kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.
Agak-agak boleh terjadi tak? Diaorang yang mendedahkan ni pun manusia,kut-kut diaorang silap jangkaan. Amalan aku masih kurang,waduhh ya ampun. Sekiranya Bencana ini betul betul terjadi. Apakah persediaan korang? Siapa boleh confirmkan benda ini betul atau palsu? Adeyy

sama macam zaman dinasor dulu2.. mcm ni la..
ReplyDeletebtw jom join contest..
kalau difikirkan memang serabut.. baik tak payah fikir.. hehehe.. Yang penting kena cepat-cepat bertaubat dan banyakkan bekalan untuk akhirat..
ReplyDelete>>My Latest Entry<<
Ibuku Dapat 4 Cicit Baru
hurmmm tetibe lak rase cam ceteknye amalan ke akhirat. nk kene bykan amal ibadat nie... moga kite d lindungi
ReplyDeleteSolar Flare ni selalu berlaku tetapi pada tahap yg. lemah iaitu C-Class Flare manakala M-Class Flare adalah yg. paling kuat hingga menyebabkan bencana seperti yg. disebeut diatas. visit spaceweather.com untuk mengetahui perkembangan semasa mengenai matahari.
ReplyDeleteHamzah - Mungkin jugak tak mustahil..bro kontest gua join lepas gua settle kontest gua.
ReplyDeletePhreak id - Betul,tingkatkan amalan,mungkin esok lusa belum tentu sempat lagi..
Khaizarien - Itulah..sememangnya kita manusia sering terlupa..
TonyG - Wow..Thanks bro for the info. Will check it out..