Sapa yang rasa-rasa masih mempunyai Stamina elok korang turut serta. Macam aku memang dah semput tapi aku tetap support acara ini kerana ia baik untuk kesihatan. Acara ini BEAUTIFULNARA @ SEMPUTMAN memang tak boleh join. Nak tahu kenapa? Aku ada alasannya,sila rujuk entri KAT SINI. Perlumbaan sejauh 10km ini akan melalui tiga jalan utama sekitar SEGITIGA EMAS iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail.
Sejarahnya selain dari Kuala Lumpur terdapat 22 bandar lagi seluruh dunia yang menganjur acara ini. Pendaftaran masih dibuka untuk kategori terbuka, Kategori bawah 25 tahun dan juga Kategori untuk Sekolah. Hadiah ditawarkan buat aku tak tahan tuh..Kategori bawah 25 tahun dan terbuka Hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 masing-masing dan untuk Kategori Sekolah RM15,000 wang tunai akan disumbang kepada sekolah terbabit.
Jom Join Segera . Tarikh untuk perlumbaan ini akan diadakan pada 10 hb Oktober 2010. Kebetulan Nombor atau tarikh pertandingan teramatlah cantik iaitu 10.10.10 Mungkinkah anda salah sorang yang bertuah memenangi hadiah yang ditawarkan? Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar sila Klik Link dibawah.

takut xlarat larik la pulak..ahahaha
ReplyDelete