Kemas kini mengenai Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan rakan-rakan beliau,hari semalam pihak polis menemui beberapa objek yang dipercayai akan digunakan sebagai bahan kes . Operasi bermula kira-kira 3.30 petang dan pihak polis sedang membawa beberapa objek didalam bungkusan yang kelihatan seperti tulang.Adakah ini tulang mangsa bunuh tersebut? Tidak dapat dipastikan lagi kerana menurut laporan pihak media hanya dibenarkan berada kira-kira 100 meter dari kawasan siasatan.
Selain daripada itu dua dari tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh juga telah dijumpai yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut. Apa yang sedang dicari sekarang ini mengikut maklumat adalah senjata yang digunakan untuk melakukan pembunuhan iaitu besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa. Sehingga kini alat tersebut masih belum dijumpai.
Nampaknya kebanyakan bahan bukti yang dijumpa berada disekitar Sungai. Mungkinkah ada lagi bahan bukti yang kukuh akan dapat ditemui. Aku harap pihak polis berjaya menjumpai bahan bukti yang boleh sabitkan suspek yang bergelar datuk dengan segera. Pastikan hukuman yang setimbal dan berat dikenakan terhadap pesalah ini. Keputusan DNA adalah ujian terakhir yang akan membuktikan sama ada mangsa adalah seperti yang diwar-warkan. Pasrah,redha dan Tawakallah dengan apa jua keputusan.
**Facebook Ucapan Takziah juga telah dicipta. Semoga ia digunakan dengan sebaiknya. KLIK DISINI untuk kepautan Facebook ini
moga2 apa yg diwar2kan x benar. tp jikalau benarlah,takziah diucapkan, semoga tabah menghadapi segala dugaan
ReplyDeletedah tgk facebook tu. bnyk gak komen yg tak patut dlm tu. siap ckp pasal perkauman lg...x patut sgt la
ReplyDeleteKyuubi_85 - Kesian bila follo kes Datuk Sosilawati ini. Inilah bahaya medium secara terbuka walaupun padanya asal niat baik
ReplyDelete