Semalam anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari telah tetamu Ekslusif Program "Kerusi Panas" terbitan BERNAMA Radio24. Dikenali sebagai Rita beliau telah meluahkan rasa Kecewa dan rasa tidak selesa dengan Segelintir media yang membuat pelbagai andaian mengenai Kes Pembunuhan terhadap Ibu beliau termasuk pendedahan mengenai nilai aset Syarikat kepada pihak Umum dan juga Spekulasi yang tidak sesuai seperti latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki.
Bagi beliau pihak media tidak sepatutnya mendedahkan perkara tersebut kerana terutama tentang keluarga beliau kerana bimbang sedikit sebanyak akan menggugat keselamatan keluarga mereka. Apa yang beliau mahu adalah ,setiap apa yang ingin dikeluarkan oleh pihak media mestilah dirujuk dengan pihak polis terlebih dahulu kerana bagi beliau Polis lebih arif tentang kes-kes ini. Beliau berharap pihak media memahami keadaan sekarang demi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.
Apa yang diperkatakan beliau dalam rancangan ini ada kebenarannya. Biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka agar tidak terganggu. Tak perlu mengeluarkan cerita atau berita yang mengaitkan Privasi Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya semata-mata inginkan cerita sensasi. Hormatilah perasaan mereka. Berilah mereka ruang. Aku pasti walaupun mereka redha dengan keadaan sekarang,jauh disudut hati kesedihan yang amat sangat perlu ditanggung.Aku harap mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.
0 comments:
Post a Comment