Bila bercakap pasal masak inilah antara bidang yang aku memang minat. Born to be a Chef..Sebenarnya Keluarga aku di Sarawak sememangnya semuanya reti memasak termasuk aku. Nak kata pandai taklah terrer macam Kak Ina KL. Konsep aku bila masak masa main baling jerr segala rempah tumis, garam berdasarkan gerakhati. Jadi hari ini aku ingin berkongsi masakan yang telah aku masak.
AYAM JEJAI MASAK MERAH
Lauk Faveret aku AYAM MASAK MERAH,satu kemestian bagi aku pada Hari Raya Pertama.Aku merupakan pengemar Ayam Masak Merah sejak kecik lagi. AYAM MASAK MERAH Resipi dari emak aku. Resipi aku nak terangkan susah sikit pasal aku jenis memasak suka main tabur je rempah tumis. Aku tidak menggunakan Santan ,tapi menggunakan susu cair..
DAGING MASAK KICAP
Lauk kedua kegemaranku, DAGING MASAK KICAP. Resepi ikut sukahati aku..Ada sedikit perencah Kurma didalam masakan. Juga menggunakan susu cair bercampur aduk dengan kicap. Kebiasaannya aku akan menggunakan daging pinang segar. Sebelum memasak,Daging aku perab selama 2 jam dengan segala bawang,halia dan sebagainya.
NASI BRYANI PERTAMA KALI
Buat pertama kali aku memasak Nasi Briani. Mula mula ingat nak Masak Nasi Hujan Panas. Pertama kali masak aku terus terpikat untuk terus cuba menguasai masakan ini. Senang rupanya untuk memasak Nasi Briani. Ada sedikit kureng pada Nasi Briani Pertama Kali aku ini. Akan ku cuba untuk memperbalikinya.

selamat hari raya aidilfitri denggg...
ReplyDeletewow makan sakan le raya ya
ReplyDeleteNasi Briyani? Apa yg kurang tu? Ceta sikit, bukan nk improvekan, cuma nak tau lengkap sempurnanya resepi nih..
ReplyDeletewah..terer gk bro masak ek..
ReplyDeleteLadybird - Thanks Dengggg
ReplyDeleteSharinginfoz - Uihh..tak larat dari pagi sampai kemlm nasib himpit
Mhps - Kalau masukkan ayam atau daging sekali baru sedap rasanya. Kacang gajus tak masuk,air dan minyak sapi kurang..
J.M.R. - terror takdelah setakat nak masak tuh boleh lagi takdak masalah