22 September 2010

ADAKAH SHAFIK ABDULLAH JUGA MANGSA SUSPEK ? | KERTAS SIASATAN DIKEMBALIKAN OLEH PEGUAM NEGARA | KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI LAWIYA DAN TIGA RAKAN LAIN

Nampaknya Kertas Siasatan yang telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara oleh pihak PDRM telah dikembalikan dan Peguam Negara mendapati banyak lagi perkara yang harus dibuat siasatan dengan lebih lanjut.Arahan tertentu juga telah diberi kepada pihak polis dalam meneruskan siasatan. Selain daripada itu semakan keatas kes-kes berkaitan dengan Suspek juga diteruskan. Nampak gayanya Siasatan berterusan akan dilakukan,namun segala maklumat tidak disebarkan atas sebab kes masih dalam Siasatan.

Apa-apa pun arahan yang diberi ,yang pasti PDRM akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin untuk menyelesaikannya. Tiada perkembangan terbaru setakat ini mengenai Kes Datuk Sosilawati. Pada masa yang sama pihak polis juga turut menyiasat empat kesa yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh dihadapan rumahnya di Banting yang setakat ini dipercayai mempunyai kaitan dengan Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati.

Antara kes orang hilang yang dipercayai melibatkan Suspek Utama adalah seorang Kontraktor Shafik Abdullah dan seorang rakan beliau yang dilapor hilang oleh keluarganya kira-kira lima bulan lepas setelah beliau berjumpa dengan Suspek di ibu negara dimana perjumpaan mereka dilaporkan untuk urusan perniagaan. Seorang lagi Jutawan dari India Allal Kathan Muthuraja dari Chennai juga telah dilaporkan hilang setelah dijemput kedua-dua Suspek terbabit di KLIA.

Adakah Bukti baru untuk orang yang hilang telah ditemui? Semakin lama semakin banyak perkara yang timbul dan ini nampaknya semakin memeningkan terutama pihak PDRM. Namun aku pecaya PDRM mampu menyelesaikan Kes ini dengan dedikasi. Jangan ada yang mengganggu siasatan Pihak PDRM sudahlah. Bukannya mudah untuk menyelesaikan Kes ini yang aku nampak semakin hari semakin rumit dengan pelbagai bukti dijumpai dan kaitan yang nampaknya saling berkait rapat.

5 comments:

  1. kenapa sbb kes Dato Sos baru media kecoh giler2. kes org sebelum nya tak berapa nak kecoh? sbb org ni glamer, org tu x berapa glamer ke?

    Entry terkini oleh KARIPAPSAYUR : Makk horang kampung.. (Tak Boleh Pegi Genting Helen Dahh)

    ReplyDelete
  2. Kes Datuk Sosilawati antara Kes Berprofile tinggi dan menjadi perhatian ramai. Kekejam sipembunuh juga antara faktor yang menyumbangkan berita disensasikan..sama juga macm mona fendy dulu..Setiap Kes ada peringkatnya..ini andai jerr wehh..

    ReplyDelete
  3. sian betul kat orang yg hilang sebelum ni kan, harap siasatan dapat dibuat secara adil,

    ReplyDelete
  4. Kesian lagi kat keluarga diaorang..

    ReplyDelete
  5. apa polis buat bila dpt laporan dulu... kenapa tak siasat kes syafik awal2x... adakah kerana dia org biasa je..atau tak dapat bukti...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails