Selepas Kes Sosilawati Lawiya dan tiga rakan beliau,adakah Jutawan @ Saudagar Permata dari Chennai dari India Allal Kathan Muturaja juga menerima nasib yang sama? Gila betul Si pembunuh ini. Memang dah kemaruk nak membunuh orang gamaknya? Setakat ini setelah Kes Sosilawati tersebar meluas,mungkin banyak Kes Hilang dapat diselesai. Mengenai Jutawan India ini yang telah dilaporkan hilang sejak awal tahun lagi dibanting,Laporan telah dibuat oleh Isteri beliau S. Usharani 24.
SUSPEK UTAMA K.PATMANABAN
Namun tiada khabar berita mengenai suami beliau sehinggalah ke hari ini. Namun dua suspek yang disyaki telah ditahan sejak Kes Pembunuhan Sosilawati dibongkar dan tahanan reman telah dilanjutkan tujuh hari. Kedua-dua suspek dipercayai mengugut Usharani RM100,000 sebagai wang pendahuluan 10 peratus daripada 1 juta yang kononnya wang tersebut untuk pembebasan suami beliau yang telah ditahan. Kalau tak silap aku cerita direka mengatakan suami beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana kes dadah.
Satu persatu kes telah dibongkar,ada antara 7 ke 9 kes yang mungkin ada sangkut paut dengan Suspek Utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ini. Nampaknya untuk menyelesaikan kes-kes ini,hanya masa menentukannya kerana ia melibatkan banyak perkara. Aku percaya Polis DiRaja Malaysia mampu menyelesaikannya,asalkan jangan ada gangguan terhadap kes yang masih dalam siasatan. Jangan ada berita yang melampau yang mengganggu siasatan hendaknya. Berilah kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

0 comments:
Post a Comment