Hari ini telah berlangsung satu sidang akhbar oleh RAJA AZURA yang ingin menjelaskan perkara yang sebenar apa yang berlaku dalam rumah tangga beliau. Banyak spekulasi mengatakan rumah tangga beliau goyah dan sebagainya. Mengenai kisah beliau pergi ke Mahkamah Syariah, rupa-rupanya beliau ingin mendapat khidmat kaunseling,bukan ingin memfailkan kes cerai. Seperti biasa beliau juga seorang manusia yang tidak lepas dalam masalah rumah tangga namun setakat ini aku lihat tiada apa yang perlu dirisaukan.
Lega hati bila membaca penjelasan dari beliau. Setelah 9 tahun mendirikan rumah tangga amat sayanglah sekira sesuatu terjadi kepada keluarga beliau . Namun itulah hakikat rumah tangga pasti ada perselisihan faham dalam hidup berkeluarga dan RAJA AZURA mengambil langkah bijak untuk menanganinya dengan betul. Aku harap berpanjanganlah hendaknya perhubungan mereka ini. Selesaikan secara baik jangan ikutkan hati,fikirkan anak-anak yang sedang membesar yang memerlukan kasih sayang kedua ibubapa mereka. Inilah nasihat aku buat beliau sekeluarga.

semoga Kak Engku bahagia hingga ke akhir hayat..
ReplyDeleteaminn...
begitulah harapnya. Semoga tiada apa-apa yang berlaku
ReplyDeleteaku minat raje azura ni dari kecik lagi.. rase terkilan pun ade bile jadi macam ni
ReplyDelete