27 August 2010

SUDI TOLONG BAGI IDEA KAT AKU TAK? | SUDI-SUDIKANLAH YE..


Salam Blogging buat rakan-rakan semua. Aku tak pasti sama ada korang boleh bantu atau tidak. Aku sekadar ingin meminta pendapat dan cadangan daripada korang yang aku pasti memiliki daya kreativiti tersendiri. Apa yang ingin aku utarakan disini adalah mengenai satu Projek ditempat kerja aku yang memerlukan aku mencari Alternatif atau cadangan  yang dapat diterima oleh para juri yang akan mengadili "PRESENTATION" Kumpulan kitaorang.


Ok,mungkin korang tak faham apa yang aku kena buat (yelahh..aku lom bagitahu lagi..hehe).  Begini,aku dan 2 orang rakan sekerja aku telah diberi tugas oleh Syarikat tempat aku bekerja untuk mencari atau membuat sesuatu yang  boleh aku dan rakan-rakan aku praktikkan ditempat kerja aku. Contohnya setakat ini yang aku baru terfikir ialah ingin membuat COMPUTERIZED FILING didalam pejabat iaitu segala File yang hendak disimpan disuatu tempat direkodkan didalam DATA KOMPUTER yang bakal aku cipta menggunakan SistemAplikasi MICROSOFT ACCESS.

Dengan terciptanya Sistem ini,maka Sistem Penyimpanan Rekod akan menjadi lebih teratur. Ini salah satu contoh yang aku baru terfikir. Mungkin ada diantara korang boleh lemparkan Idea kepada aku selain contoh yang aku berikan. Itupun kalau korang sudi berkongsi Idea kepada kumpulan aku. Jadi agak-agak kalau korang yang bekerja di Pejabat,apakah sesuatu yang boleh aku buat untuk menjayakan projek aku ini? Sila tinggalkan cadangan diruang komen untuk entri ini. Terpulanglah apa jua IDEA dari korang akan aku cuba dan kaji...tak kisahlah kalau IDEA korang itu boleh digunapakai atau tidak...

6 comments:

  1. aku dulu penah guna visual basic utk simpan data , macam utk daftar2 kan ahli baru , lagi teratur .

    tp tu utk beginner je .


    em , aku rase2 xde idea , tapi rasenye kau boleh pikir2 kot apa yg slalu staff nk tapi xde , kau try la wujudkan . hehehe .

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan pemasangan cctv pada setiap ruang tempat keja ekekekeke...

    ReplyDelete
  3. Apa kata kau buat blog khas berkenaan aktiviti di syarikat tempat kerja kau tu. Selain boleh berkongsi aktiviti dan maklumat tempat kerja kau ni, blog ni boleh juga sebagai satu medium untuk mempromosikan syarikat kau kepada org lain.
    (Sambil tu kau boleh letak iklan ; samaada hasil masuk poket sendiri atau bagi kelab kebajikan syarikat)

    ReplyDelete
  4. Aus - Terima kasih Bro..VB gua tak reti sangat..rasa2 Microsoft Access pakai basic VB gak kalo tak silap gua...memang ingat nak buat mcm hang cadangkanlah..tapi kumpul data maklumat file..

    Faizal N Fashitah - CCTV dah ada bro..thanks for suggestion..

    ris-famili - Bab ini ada masalah sikit bro..kitaorang dibawah akta bafia jadi nak promo syarikat kena hati-hati kang tak pasal2 kena panggil dek bank negara...apa2 pun thanks atas suggestion

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Guna je aplikasi microsoft excel, kalau dapat excel 2003 lagi bagus

    tp jgn lupa, kalau nak buat, make sure manual sistem sama dgn database system...

    actually, nak simpan data yg bro nak buat ni rasanya hanya untuk index je kan? senang nak cari fail kat mana..

    so, code fail dh ade lum? semua tu kena ade dulu, then susun ikut index dia, then create on standalone kat pc..

    jgn risau bro, nak detail boleh bagi camne nak buat....

    ReplyDelete
  6. AJM - Thanks untuk maklumat berguna mungkin akan saya cuba

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails