Terfikir aku sejenak ketika melayan perasaan sambil menghembus asap rokok terpandang sekumpulan manusia menuju ke tapak pembinaan dibelakang pejabat aku. Kelihatan seorang dari kumpulan ini menuju ke pintu besi yang menghalang kemasukan orang ke kawasan pembinaan. Dari pengamatan aku, aku pasti mereka ini adalah warga Indonesia. Dari riak wajah mereka aku dapat lihat kepenatan yang ditanggung dengan beg yang digendong.
Seorang dari mereka terus mengetuk pintu besi yang setahu aku sentiasa dikawal oleh pengawal keselamatan. Nampak dari kejauhan seola-olah mereka sedang berbincang sekitar 5 minit. Kemudian kelihatan Pengawal keselamatan membuka pintu yang sentiasa tertutup mungkin atas keselamatan. Wajah kepenatan dapatku lihat kembali ceria. Lantas hatiku bertanya "rajin betul warga dari Indonesia ni". Kenapa aku berkata demikian adalah kerana aku cukup hormat semangat yang ditunjukkan mereka.
Dari jauh mereka datang dengan harapan yang menggunung tinggi mencari rezeki diperantauan. Sanggup meninggalkan kampung halaman, Keluarga, Anak dan Isteri. Maka bermulalah kehidupan yang baru mereka di Malaysia. Lantas membuat aku berfikir tentang kehidupan kita sekarang. Kemana arah yang kita tuju? Mana semangat juang dahulu? Manja sangatkah kita ni?Macam-macam lagi bermain dikepalaku. Semakin ramai warga Indonesia mencari rezeki di Malaysia dan sebaliknya ramai juga rakyat Malaysia mencari kerja diluar Malaysia.
Apa yang ingin aku ceritakan disini adalah mengenai SEMANGAT. Selagi kita bersemangat segalanya pasti akan mendatangkan hasil. Biar susah macamana pun,kalau kita bersemangat, segala yang dilakukan pasti memberikan pulangan baik. Lakukan yang terbaik untuk keputusan yang mengagumkan. Apa aku celoteh ni? Hehe..sekadar meluahkan apa yang berlaku pada pagi tadi. Kisah Warga Indonesia mencari rezeki menjadi pencetus SEMANGAT untuk terus hidup didalam dunia yang kian mencabar.

ye!betul tu!
ReplyDeletehambe sokong 100%
Anon - Memang gua setuju mereka ni rajin bekerja..gaji mungkin kecik bagi rakyat malaysia tapi tidak bagi mereka..
ReplyDelete