25 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE 53 | 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

1 Malaysia Menjana Transformasi inilah Tema untuk Hari Kebangsaan yang ke 53 yang bakal kita raikan pada setiap 31hb Ogos. Sambutan hari kebangsaan pada tahun ini disambut pada bulan Umat Islam Berpuasa iaitu bulan rahmat. Aku tengok tak banyak promosi untuk Hari Kebangsaan pada tahun in,mungkin aktiviti terbatas demi menghormati bulan ramadhan.


Namun aku rasa meriah tetap meriah. 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI cukup menarik kalau direnungkan. Aku cukup setuju penggunaan 1 MALAYSIA yang melambangkan kesepakatan kita sebagai rakyat malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Diharap Negara kita Sentiasa aman dan damai tanpa ada berlakunya kekecohan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.


Inginku ucapankan kepada seluruh rakyat Malaysia Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53, Semoga kehidupan kita sentiasa aman dan damai. Jadikan negara kita sebuah negara merdeka yang aman damai dan harmoni. Diharapkan keamanan ini terus kekal selamanya..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails