Aku tahu ada orang yang tak berapa suka dengan cara penyampaian dan mulut ARTIS ini,namun bagi aku Tak kenal maka tak cinta..hehe..Sejak aku bertemu dengan beliau kali pertama di Projek Alpha Session 2,baru aku tahu macamana perangai orangnya walaupun bukan 100% kenal. Cukup panas bahasa yang diguna namun korang jangan salah sangka,itulah identiti beliau sebagai seorang DIVAS yang hangat dipasaran, Tak lain tak bukan beliau adalah AZWAN ALI si Mulut Lazer..
Tanggal 29hb Ogos 2010 beliau bakal berangkat menunaikan UMRAH ditanah suci mekah. Ini untuk keberapa kali aku tak pasti,tetapi sejak aku kenal beliau,ini adalah kali kedua beliau menunaikan UMRAH. Murah rezeki beliau. Mulut lazer bukan menunjukkan diri beliau yang sebenar. Mungkin ramai yang tak suka dengan beliau namun bagi aku beliau seorang yang cukup peramah dan menghormati orang (Melainkan orang itu mengutuk beliau kaw kaw..hehe).
Aku doakan beliau mendapat petunjuk dan hidayah semasa menunaikan UMRAH nanti dan berharap beliau dapat mengerjakan umrah dengan tenang dan khusyuk. Selamat pergi dan selamat kembali kepada beliau dan semoga beliau terus berjaya dalam hidup dan diberkati dalam apa jua kebajikan yang beliau lakukan...
No comments:
Post a Comment