10 August 2010

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN | LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI | LHDN

Memang aku terfikir nak buat entri ini setelah membaca entri yang telah dibuat oleh REDMUMMY mengenai LHDN tempoh hari. Cuma baru sekarang ada masa sikit untuk menyelit membuat entri. Terperanjat juga bila baca Entri REDMUMMY mengenai LHDN ni. Mati-mati aku ingat sesiapa yang menjana pendapatan melalui BLOG tak kena Income Tax. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Ini berdasarkan pengalaman REDMUMMY sendiri yang telah memberi penerangan secara menyeluruh mengenai LHDN.

Tahniah buat REDMUMMY sebagai blogger yang pertama disiasat oleh LHDN..hehe..REDMUMMY dah lepas korang pulak bagaimana? Apa yang aku ingin sarankan "Sediakan payung sebelum Hujan". Simpankan segala resit jualan ker ataupun pendapatan,mungkin selepas ini giliran korang pulak. Macam aku income ciput diaorang tak kejar kot..hehe. Namun aku tetap membuat persediaan,mana tahu diaorang hantar surat kat aku nak buat audit..

Buat sesiapa yang nak berniaga aku sarankan korang ikut langkah REDMUMMY yang telah mendaftar sebagai sebuah syarikat dengan SSM. Mana tahu lepas tubuh syarikat, rezeki korang bertambah-tambah. Lagipun ini juga untuk kebaikan korang daripada kena saman dek SSM. Tahun lepas kalau tak silap aku 500 buah laman blog berniaga secara online telah disaman oleh SSM kerana kesalahan tidak mendaftar dengan SSM.


Moral or the Story - Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, fikirkan bagaimana untuk menjana pendapatan secara berterusan. Siapkan diri dengan sebaik mungkin untuk terus berjaya

2 comments:

  1. Laaa..hang pun kono ker jang..adeyyy..lepas nie gua pulak..adoii

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails