Mengejutkan. Tanpa ada pokok bergoyang ditiup angin tiba-tiba aku terbaca kisah rumah tangga RAJA AZURA atau nama sebenar beliau RAJA AZURA TENGKU AHMAD TAJUDIN iaitu artis dan penyampai radio sinar FM bergolak dan retak. Betul ker bergolak & retak? Macam-macam spekulasi yang aku terbaca termasuk cerita mengatakan beliau menghantar permohonan berkaitan rumah tangga beliau di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Pasangan yang telah bersama sejak 9 tahun yang lalu telah dikurniakan tiga orang anak yang berumur 4 hingga 8 tahun. Harapan aku tiada berita yang tidak sedap didengar mengenai rumah tangga RAJA AZURA ini. Kalau ada aku harap mereka selesaikan secara baik dan kalau boleh janganlah mengambil keputusan yang tergesa-gesa. Kesianilah anak-anak tu.
Yang aku risaukan dalam maklumat yang aku baca adalah mengenai "keretakan rumah tangga" adeyy. Namun setakat ini masing-masing menolak kemungkinan itu. Sehingga mahkamah pun enggan memberi komen. Betul ke rumah tangga pasangan ini sedang retak menunggu roboh? Sabar je lah..

salam jai...akak tak kecian dgn mak ayah tapi kecian dgn budak 3 orang tu..
ReplyDeleteItu pasallah kak..saya kesian bila bab cerai berai ni yg menjadi mangsa anak2
ReplyDeleteretak ja kan..??dah comform cerai ker..?? minta2 tak jd la cerai berai...tp dah ada sebut2 pasal mahkamah nie...risau la plak... Ari tue masa Raja Azura gn husband dia kawen sy da pergi(Rumah husband dier la..)
ReplyDelete