20 August 2010

RAJA AZMI DICEKUP POLIS SELEPAS BUAT LAPORAN?


UPDATED - Raja Azmin di Bebas dengan ikat jamin sebanyak RM8,000.00

Adeyy..baru sahaja cerita Penceraian ROSLIN HASHIM yang melibatkan nama beliau,kini RAJA AZMI terpaksa berhadapan dengan masalah baru pulak. Terkini yang aku baca dalam satu laporan bahawa beliau telah ditahan didalam lokap wanita  di Balai Polis Pandan Indah disebabkan Nama beliau didalam senarai dikehendaki  kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil.


Asalnya beliau ingin membuat laporan terhadap sebuah Akhbar yang menyiarkan penglibatan beliau dalam kes penceraian ROSLIN HASHIM, namun perkara sebaliknya berlaku. Pihak Polis telah menahan beliau yang mana kini beliau masih ditahan didalam lokap dan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi.

RAJA AZMI 51, ditahan sekitar jam 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Antara sebab musabab beliau ditahan, Pada 21 Julai lalu, RAJA AZMI yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang samadipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991.

Nampaknya tahun ini merupakan tahun yang penuh kontroversi buat RAJA AZMI. Segalanya tak kena. Yang pasti pelbagai spekulasi pasti timbul dengan pelbagai tuduhan mungkin dilempar kepada beliau. Apa kesudahannya nanti, kita tunggu dan lihat. Biar siasatan dijalankan dan biar undang-undang yang menentukan hukuman kepada beliau.

3 comments:

  1. The faster the better..hehe..just to keep everyone updated.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails