Bila aku baca satu artikel dikeluarkan mengenai Sekatan terhadap rakyat Malaysia keluar negera hampir setengah juta cukup mengejutkan aku. Yang lebih memeranjatkan ada juga yang berstatus Tan Sri, Datuk Sri dan Datuk. Selebriti, orang kenamaan dan golongan berjawatan tinggi juga tidak terlepas dari sekatan ini.
Risau pun ada,mungkin aku juga tidak terlepas dari masalah ini. Mengikut perangkaan dari Jabatan Imigresen peratusan Sekatan yang dicatat hasil dari maklum balas dari 13 agensi menunjukan Jabatan yang berada di tangga pertama adalah Jabatan Insolvensi Malaysia yang telah menyalurkan Senarai Hitam tertinggi mengenai Kebangkrapan iaitu sebanyak 46%.
Ini diikuti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri @ LHDN yang mencatat 19%. Jabatan Imigresen sendiri mencatatkan 14% senarai hitam. Selebihnya Sekatan dikenakan oleh terhadap mereka yang gagal menjelaskan pinjaman PTPTN. Selain itu sejumlah kecil Sekatan juga dikemukakan oleh Pihak PDRM, KASTAM dan juga Suruhjaya Sekuriti.
Aku tahu bila sudah sampai tahap ini, nak buat apa pun susah. Nasihat aku kepada belia muda sekarang ini, hati-hati bila berbelanja. Pelajari teknik yang betul dalam pengurusan kewangan sekira ingin hidup dengan lebih teratur. Jangan sampai terlewat dan elak berboros bila berbelanja. Perancangan itu penting. Jadilah seorang belia yang berwawasan dan berjaya.
bru td dok diskan ngn memba..riso gk psl nih..
ReplyDeleteItulah bro..kena belajar gak hal2 nie buat orang muda..dah tua mcm aku cakap tak guna..hehe
ReplyDelete