Dulu bila ingin berhadapan dengan lembu orang pasti akan berpesan jangan pakai baju merah. Aku sendiri tidak pasti kenapa harus mengelak memakai baju merah ketika berhadapan dengan lembu. Apa yang diberitahu lembu pantang nampak warna merah pasti akan naik minyak. Namun sampai sekarang aku tidak pernah melihat lembu serang orang yang memakai baju merah sehinggalah aku terlihat gambar adegan lembu menyerang orang yang memakai baju merah.
Kejadian berlaku diluar negeri bila seorang penonton yang memakai baju merah telah menarik perhatian seekor lembu dan membuat lembu ini bertindak diluar dugaan iaitu memanjat tembok penghalang diantara penonton dan gelanggang. Cukup suspen kalau dilihat dalam gambar. Bagaimana lembu ini boleh memanjat tembok dan cuba menyerang penonton yang memakai baju merah?
Suasana semakin cemas kerana lembu ini telah berjaya dalam usahanya memanjat tembok penghalang. Orang ramai semakin cemas kerana lembu ini pada bila-bila masa akan dapat melepasi tembok yang menghalang lembu ini dengan penonton.
Apa yang aku terbaca ramai yang telah tercedera dalam adegan ini,namun penonton yang berbaju merah tidak cedera dan berjaya melepaskan diri. Memang ada sesuatu yang membuat lembu ini bertindak sedemikian rupa. Antaranya disebabkan Baju yang digunakan penonton yang menarik perhatian lembu tersebut berwarna merah. Apa kuasa warna merah yang membuat lembu berubah sikap? Nanti kalau ada masa akan aku kaji kenapa lembu pantang dengan warna merah.



salam
ReplyDeleteagaknya bila tgk warna merah je.
selera dia betambah dan kuat makan.
itu pasal lah kot dia jadi mcm tuh.. huhuhuhu
sy dah bnyk kali kene kejar ngn lembu...paling tidak pun lembu tenung sy semacam je sbb sy mmg selalu pakai bju kaler merah....
ReplyDeleteNur - Entahlah mungkin gak selera bertambah..tak pun ada sesuatu yang menarik lembu ni tentant warna merah
ReplyDeleteCik panadol - hehehe..nasib baik tak dikejarnyer wehhh..